27 January 2013

AKU ADA NOVEL " SETIA HUJUNG NYAWA " LA!!

Kenapa buat tanda seru?? Sebabnya aku baru tau petang tadi yang aku sebenarnya dah ada novel tu, haha. Lawak tak

Gini ceritanya, kan pagi tadi aku balik umah aku, aku lepak sampai petang, dalam 530 camtu aku balik, sampai ja umah sini, tak tau nak buat apa aku pun on laptop, jalan2 kat blog orang, terbacalah satu entry yang menceritakan pasal drama tersebut, serta di tempekkan sekali dengan gambar cover novel tersebut. Entah camna aku tetiba ja teringat aku macam pernah tengok ja cover tu, aku pun dengan slamba g la kat rak buku, selak2 nak cari satu novel yg aku pernah beli tahun lepas guna duit voucher yang tak pernah baca pun sebab cerita dia tak best. Sekali aku tengok tajuk dia, SETIA HUJUNG NYAWA. perggghh.. haha

Itula novel yang suatu ketika dulu aku tak berminat pun nak baca, ntah, aku saja beli untuk menghabiskan duit dalam voucher tu ja, kalut2, baca sinopsis gitu2 then terus ambik, bila balik selak2 macam boring ja, letak kat rak n tak pernah tengok dah. Kejam tak, hahaha

Sekarang bila tau aku ada novel tu, betapa bangganya aku nak gtau orang yang aku ada novel tu, ( huduh nyer perangai ) haha. Mentangla drama tu tengah top skang, Isnin-Khamis 7pm di TV3. Dalam novel tu ada tandatangan aku n tarikh aku beli. Aku siap scan lagi nak tempek dalam entry ni. pulun tak pulun tak, hihi


ORI TAU, AKU SCAN TADI, HIHI
BUKTI, HAHA

Yang bulat merah tu bukti hak milik, siap ada tandangan, nama n tarikh lagi tau, sowi, malu tandatangan tak cantik, tu yang dihijaukan, ngee~



5 comments:

IntaNBerliaN said...

hahha.. kelakarlah nazirah ni.. akak baca entry ni sambil sengih2 lagi.. hihii

NaZiRaH @ Ezyra said...

@IntaNBerliaN

hihihi... sakang baru ada semangat nak baca akak, pengaruh drama, dah boleh bayang wajah hero n heroin, n semua watak2 yang ada, ngee~

Ibu Lala said...

Akak tgk on off citer ni. Tapi skrg mcm dah best sikit kan...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

akak xder novel ni cuma tgk citer kt tv jer hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™