23 November 2012

Aku agent topup

Kat sini aku nak gtau, aku niaga topup tau, kecil-kecilan ja, just agent ja. Bukan dealer atau master, saja pilih yang paling simple sebab aku rasa banyak lagi benda yang aku nak buat ( isteri+student full time+agent topup) banyak la sangat kan,hehehehe


Pengalaman manis masa jadi agent topup,

Best! Walaupun aku kena jalan kaki 20 minit pergi dan 20 minit balik untuk gi mall dan bank in modal, aku tak kisah. Walaupun untung dia hanyalah beberapa sen ja tiap kali topup,aku tetap tak kisah. Sebab aku mata duitan! Hahahahahaha, just kidding! Sebab aku sukakan number, aku sukakan kira-kira. Kira modal, duit topup, pusing modal, untung, rugi, bak kata memey; suka,suka,suka…hihi.

Dialog aku dan abang;

AKU:  Nanti kalau abang nak buka perniagaan bb nak jadi akauntan, tukang kira duit.
ABANG: Bb jangan jadi mata duitan tau.
AKU:  Bb nak jadi akauntan family, boleh??
ABANG: Bolehh..;-)
Hihihihi (^_^)

Pengalaman pahit aku masa jadi agent topup,

Hukhuk, setakat ni ada 2 kenangan pahit aku.

Pertama: bila aku masukkan topup tapi tak masuk kat pelanggan, sedangkan duit dalam kredit aku dipotong, nasibla rm5 ja n sekali ja. Aku pun tak tau np jadi camtu. Sedih juga la, mungkin number tu keliru kot, jenis terbaru ni, speakout DG kot kalau tak salah aku..huhuhu

Kedua: bila orang topup tapi tak bayar, maksud aku topup dulu bayar kemudian, kira mesej suruh topup la. Aku tak kisah pun, kawan2. Tapi ada yang jenis tak faham, n ada yang jenis faham. Yang jenis faham ni, dia mesej suruh topup dan bila aku gtau aku kat bilik terus datang bayar, paling lama pun 1-2 hari ja, mungkin aku balik kg, atau orang tu sibuk. Yang jenis tak faham pula, mesej suruh topup, mesej lagi lagi lagi dan lagi tapi tak bayar2, memang la jauh, ikhtiar la sebab kita hutang orang, orang tu tolong topupkan dulu pun dah besar rahmat, kalau g kedai boleh ka nak himpun2 bayar seminggu sekali. Ni sampai 2 minggu. Bukan nak berkira dengan kawan, tapi ada sebab, pertama aku nak pusing modal, kedua klu rm10-20 ok la. Ni sampai rm80-90, adoiiii.. Memang kenangan pahit.

Disebabkan kes kedua tu abang dah bising2 kat aku, yerla baik hati sangat bagi orang hutang banyak2, huhuhu. So, aku ambik keputusan untuk tidak lagi topup kat orang2 macam ni. Dan akan lebih berhati-hati menilai pelanggan, walaupun orang yang kita kenal.

Apa pun aku nak ucapkan terima kasih pada abang yang menyokong aku dari belakang, walaupun untung tak seberapa. (minat punya pasal). Terima kasih juga pada mak dan adik2 kat kampung kerana jadi orang tengah. Maju bisnes topup aku sebab orang kampung datang topup kat umah,hihihi

 NI IKLAN TOPUP KAT DEPAN PINTU BILIK AKU, DESIGN SENDIRI TAU...hihi


hihihi


4 comments:

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

susah betul kalau ade kwn2 yg ambik kesempatan mcmtu, kita memg nk tlong tp kalau dh mcmtu, memg xboleh d tlong lg kan,,

NaZiRaH @ Ezyra said...

@NORSHAHFEZA HAMSAN

huhu..memang pun, kena buat hati kering ja...

IntaNBerliaN said...

ni mslhnya bila dgn kawn kan.. blh plak buat2 lupa nk bayar..

NaZiRaH @ Ezyra said...

@IntaNBerliaN

hukhukhuk..itu la akak, niat nak tolong tapi orang ambik kesempatan, sedih betul..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™