24 August 2012

" SEORANG SUAMI ITU..."

Aku terbaca satu status ni kat fb.. menarik juga status n komen2 yg d berikan.. so aku ambik n tempek la kat blog aku sebagai renungan kita bersama realiti kehidupan ini... aku dah mintak izin kat tuan punya fb tau.. bukan cilop2 ja..

STATUS 

Wanita bila dah berkahwin, sedikit demi sedikit akan meninggalkan zaman bujangnya bersama kawan2... lebih mementingkan hubungan kekeluargaan dari kengkawan.. berbanding dgn lelaki, dah kawen beranak pinak pun masih sama jgk.. masih enjoy x kira siang malam... masih merasa diri tu bujang.. tetap jgk nak lebihkan kawan2 dari anak isteri sendiri... klu nak dikira dlm 1 hari 24jam.. rasanya waktu bersama kawan2 lebih dari waktu brsama anak2 & isteri.. jgn x tahu, ada yg lebih percayakan kawan2 dari isteri sendiri.. erm.. ini bukan saja2 cakap, tp kenyataan.. d mana2 ada situasi begini...

PENDAPAT

-Orang lelaki jgn la marah dgn statement ni plak.. memang la tak semua lelaki yg dah berkahwin cume pentingkan kawan2 dari keluarga sendri.. tapi peratusnya lebih ke arah tu la

-Alhamdulilah laki aku tak macam tu...harap2 berkekalan perangai lebihkan keluarga dr kawan selamanya

-Mintak d simpangkan...setakat sekarang, keluarga lebih penting.... apa2 pon tanya pendapat isteri dulu
 
-Tu lah.. tak semua suami berperangai macam tu.. kalau ada tu yg belum matang kot & gatai nak kawen sangat tp tanggungjawab takmo laksana... kalau ada pun aku rasa 60% kot
 
-Tak disangkal ada yg begitu… situasi boleh berlaku bila lelaki itu sendiri tak tahu @ lupa apa keutamaan dlm hidup mereka… Alhamdulillah setakat ini suami saya masih anggap kami anak beranak sebagai keutamaan… semoga Allah tetapkan hati dia begitu… yelah hati manusia boleh berubah2. andai itu sebaliknya bermakna kita adalah mangsa keadaan...wallahualam
~ just sharing~
 
-Ada setengah tu langsung tak tanya isteri, ikut kepala sendri ja... tak patut..

-Setengah tu bukan sebab gatai, tp atas desakan keluarga x mo terjadi perkara bukan2... terpaksa kawen, pastu keluarga diabaikan

-Alhamdulilah setakat ni sang suami lebihkan family… kadang2 sian pulak aku tgk sampaikan aku suh p kuar dgn kwn2 sama tp dia takmau… mana la tau, satgi org kata takot bini

-Tu maknanya gatai nak kawen... kalau dia pikiaq dia dah nikah... dia tau tanggungjawab & lebihkan keluarga...

-Stuju... minta Allah SWT lindungi suami2 kita.... kadang2 heran dgn sikap segelintir suami d luar sana, kenapa berperangai begitu?? apa tidak cukup dgn pengorbanan isteri d rumah ke?? isteri dah la melahirkan anak utk mereka, jaga mereka, bagi la sedikit perhatian dan penghargaan

-Ang sama ngan aku.. aku suh gak laki aku pilah staff party.. takmo.. pilah lepak ngan kawan2.. x mo.. kadang2 aku lah yg arrange lepak ngan kawan2 dia..:)

-Bagusnya suami sampi x mau kuar dgn kawan2 semata2 nk jaga hati isteri.. mcm tu la suami mithali... ni x, pantang kwn halo ja, langkah laju ja nk kuar umah...
 
-Dia xtau apa makna nikah tu sebenarnya.. bagusla suami2 kamu
 
-Klu kena situasi mcm nie just amalkn zikir nie :
Ya Aziz
Ya Jabbar
Ya Mutakabir
Insya'Allah semoga Allah lembutkn hati sang suami :)
 
-Faktor status dah ada anak bini makanya hiburan dihadkan.. kalo bole time ni la kena ajaq anak bini dgn ilmu2 agama serba sikit walaupun tidaklah sepandai mana, bkn apa anak2 tengah membesaq, depa nampak suma
 
-Masalahnya ada jenis yg x mau hadkan hiburan tu yg payah tu... pikiaq seronok ja.. bkn nk stay dgn anak bini sembang tentang masalah ka apa..kira depa ja
 
-Suami aku jenis heret kami anak beranak bila nk kuar jumpa kwn2 dia. kdg2 aku plak rimas. hehehe...mcm2
 
-DFK kata..kalau kita balik umah..sebelum masuk umah..bismilah 3x senyum depan pintu, langkah kaki kanan & bg salam..insyaALLAH suami isteri xgaduh & anak2 pun akan dengar kata
 
-Lelaki ttp lelaki... nothing will be change

Macam2 pendapat d sini... bagi pendapat aku... sememangnya keluarga harus d utamakan.. apabila seorang lelaki telah berkahwin.. maka isteri itu adalah keluarganya... yang harus diberi keutamaan.. bukan lagi kawan baik atau kawan2 yang lain... kepentingan isteri harus d utamakan berbanding kepentingan kawan2.. bukan queen control tapi adalah satu tanggungjawab... perlu terima hakikat yang hidup bukan lagi untuk diri sendiri dan kawan2...ada insan lain yang telah menjadi sebahagian daripada hidup anda... berkawan itu tidak salah.. tapi patut berpada pada.. jangan sampai isteri rasa terabai kerana anda lebih mementingkan kawan2.. jangan buat isteri hanya peneman tidur anda... jadikan isteri sebagai seorang kawan yang boleh anda kongsikan segala cerita... segala masalah seorang suami bukanlah beban bagi seorang isteri.. sebaliknya adalah satu penghargaan kerana suami itu sudi untuk berkongsi suka dan duka brsama... sayangi isteri anda.. hargai kehadirannya...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™