5 August 2015

"Rania Turn's 1 GiveAway!"

 

Senarai pemenang akan dicabut undi oleh CIKSU sendiri.

Giveaway ini akan berlangsung dari 
5.8.2015 hingga 15.8.2015 11:59 malam.

Senarai peserta akan diumumkan pada 
16.8.2015.

Senarai pemenang akan diumumkan pada 
18.8.2015.

 keutamaan akan diberikan kepada follower blog QasehnyaRania.

Hadiah-hadiahnya:



 JOM LA PAKAT2 JOIN!!

29 July 2015

Duhai anak remaja sekarang

Duhai anak..
Saat kamu kecil, hnya kegembiraan senyuman dan tawa di bibir ayah dan ibu.

Bahagianya melayan segala karenah kamu..

Kian kamu meningkat dewasa, kamu makin jauh dari kedua ibu bapa, sanggup menipu, sanggup menengking, sanggup melawan.

Percakapan kamu sering mengguris hati ayah dan ibu.

Jelas terang di raut wajah ibu betapa terlukanya hati dengan tingkah laku dan perbuatan kamu, begitu juga kekecewaan yg jelas di raut wajah ayah atas perbuatan kamu itu.

Dan kamu bertindak tanpa sedikit pun rasa kesal dan bersalah. Terus juga menipu. Ke mana arah tuju kamu. Menjadi anak derhaka yg ingkar pada kedua org tua, menjadi anak yg tidak mendengar kata.

Yakin lah, ibu dan ayah pasti sangat merindui saat kamu kecil, tidak terguris hati mereka, hnya bahagia yg tercipta.

Moga kita terhindar dalam golongan seperti itu.


23 July 2015

Hari Raya Pertama 2015

Salam aidilfitri untuk semua follower dan reader nazirahnyerr.blogspot.com.
Ainul bergambar dengan ayah di pagi hari raya.muka masyam jerr.
1st day raya, alhamdulillah Allah bg kesempatan utk beraya dengan suami tercinta dan anak2 tersayang..

Disebabkan hari raya pertama jatuh pada hari Jumaat maka segala aktiviti kunjung mengunjung ditangguhkan selepas solat jumaat.

Pagi tu mcm biasa la. Mak dara ni bersiap melaram sakan. Bukan nak p mana pun. Saja. Haha. Siap sempat kena ngusik dengan abg lagi " ni nak pi mana ni" hamboiii..haha.

Tghri camtu opismate aku mai dgn cinta hati dia. Diorg sampai tu dekat waktu zohor jugak la. Maka cinta hati opismate aku tumpang la izwan (adik ipaq) aku p solat jumaat. Tinggallah kami kat rumah. Bergambaq sakan la. Hihi.
Untung la Ainul dihimpit oleh aweks2 cun. Kehkehkeh...
Kemek muka anak dara aku....haha

Ainul dengan Bonda dia...
Haha.. Orang takdak kan. Ambik kesempatan la bergambar sakan dengan kamera oppo. Serius cantik gila kamera oppo. aku jatuh cinta!!

Comel jer posing camni...
Sweet ja kan Ainul posing camtu. Setahun dah anak dara aku. Baby kecik pulak 23 minggu camtu..

Family potret 2015 dgn gaya masing2..
Alahai, ni ja yg mampu untuk family potret 2015. Abg balik solat jumaat tu lelaju aku ajak dia tangkap gambar. Sekeping jee... Sob sob sob..

Selesai semua dalam kul 3 juga la baru kami keluar. Pi rumah Mat Set, Atan then dekat kul6 baru sampai rumah aku.

Lepak sampai malam. Lepas maghrib baru kami bertolak balik. Letih yangmat. Ptg tu Ainul lena x sedar khabar. Maghrib baru jaga. Baru la nk mandi dia suma.

15 July 2015

#Cabaran20Hari : 14. MEMORI RAYA 90-AN ATAU ZAMAN KANAK2

Memori raya zaman kanak paling best sekali, JUJUR!!

Setiap tahun dari kecik2 lagi, baju raya memang ayah yang akan beli, ayah akan ke kedai beli 3 pasang kain, 2 pasang tu wajib corak sama, tapi warna berbeza, 1 lagi mak punya baju, then pi upah..

Pagi raya bangun siap comey2 kami 2 beradik, cepat2 pi meraya rumah tok guru kat hujung kampung, sebelum solat raya, pastu settle meraya dengan tok guru, atur la setiap buah rumah dari hujung kampung sampai la ke rumah, jauh juga la berjalan kaki tu, tapi best sebab ramai2.

Sampai ja rumah, rest kejap, kira2 duit raya, then sambung balik ke kampung selepas rumah pulak, ikut takat mana larat kaki melangkah, JALAN KAKI JER U ALL..

Bila dah settle tu, balik tu tunggu apa lagi, kira duit raya la, gemuk beg raya dengan duit syiling, dulu2 20sen, 50sen jer duit raya, hihi

Balik tu la baru nak bersalam raya dengan mak ayah sambil mintak duit raya, yerla, pagi tadi mana sempat, mak kalut kat dapur, ayah kalut pi beli ais ketul then hantar kami ke rumah tok guru.

Ini la kenangan terindah aku masa zaman kanak2, tak mungkin lagi dapat berulang kembali, hanya tinggal dalam ingatan ja.

Ku coret dalam blog ni supaya nanti anak2 tahu bagaimana perjalanan hari raya zaman kanak2 aku...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™