9 April 2015

Kami Ke Tasik Darul Aman

Hujung bulan 3 hari tu dalam 2 minggu lepas abang bawa kami gi jejalan kat tasik Darul Aman Jitra. Lama gila tak p Tasik, memang banyak sangat perubahan, jalanraya kat depan tu dah cantik, rumah2 kedai semua dah berfungsi, rumah2 taman semua dah berpenghuni. Kalau zaman aku dok dating dulu, semua tu baru nak nak naik, cepatnya masa berlalu.

Kami lepak2 kat tepi tasik sambil tengok orang lalu lalang dengan pelbagai gaya dan ragam. Memang ramai gila orang, meriah sgt, main belon, main kuda, main kasut roda, main kereta control yg besar dabak untuk budak2 umur 2 tahun tu, Ainul pun macam teruja ja bila tengok orang ramai gitu, lompat2 dia kat ayah dia, hihi

Muka macam gayat jer, yerla ayah dia tinggi macam galah, dok angkat gitu memang tinggi la..haha
Lepak2 kejap pastu kami balik, orang tengok tak luak pun, makin ramai ada la, mungkin rumah dekat2 kot, kami jauh kena balik awal la. Lain kali boleh datang lagi, Ainul dah besar, dah pandai tengok suasana sekeliling..;-)

Suruh abang tangkap gamabr kat kereta sebelum balik, hihi. Ainul Mardhiah muka commmmm..
 Ada rezeki nanti boleh mai lagi, sementara ayah dok di darat, kalau p laut nanti payah la..

SEGMEN:SAYA SAYANGKAN BLOG SAYA

Apa yang PENGANJUR perlu perbaiki dalam blog BELIAU; 

- saya suka baca blog yg tulisannya jelas, terang dan besar. Blog anda tulisan jelas dan besar, tapi warnanya kelabu.
- Yang lain semuanya menarik, simple n look nice..;-)

Harapan AKU pada blog AKU sendiri;  

-Alhamdulillah, blog dah cantik, untuk pandangan mata sendiri, org lain tak tahu la, hihi.

-Harap blog ni tak hilang sebab terlalu banyak kenangan yg aku coret dalam ni untuk tatapan insan2 yg aku sayang

- Blog ni antara kenangan bertulis peninggalan aku buat anak2 bila aku dah takdak nanti.

 - Suka duka aku, sakit hati aku, hepi aku, sediah aku, semua ada dalam ni

 DONE

Penganjur mencari 5 entri yang terbaik dan menusuk kalbu dan pemenang yang bertuah akan dapat hadiah RM5 bagi 5 orang !

Tarikh :7/4/2015 hingga 7/5/2015

JOM PAKAT2 JOIN!!



Gelagat Ainul

Alahai anak...

Ainul Mardhiah sekarang dah hampir mengjangkau 11 bulan, di sebabkan dia lahir hujung2 maka x cukup lagi 11 bulan, baru 10 bulan lebih la kira.

Cerita pagi tadi, ngade2 nk nyusu xmo lepas, siap nangis2 lagi, padahal dah 7.15 am, dan kebiasaan aku p kerja kul 7.30 am, bayangkan x siap apa lagi. Aku pujuk2 dia, aku lari pi bancuh susu, bila datang balik, dia dah bangun sambil nangis2, bagi botol kat ayah dia suruh suap jap pun dia dah taknak, nak datang kat aku jugak, aku dukung dia bawa keluar letak dalam buai, tok dia dodoikan.

Cerdik sungguh!!

7 April 2015

GAJI PERTAMAKU

Syukur Alhamdulillah, dapat juga merasa gaji pertama, hihi.

26 tahun hidup, habis ja SPM dah kerja, then sambung POLITEKNIK 3 tahun, KAWIN, sambung UNIVERSITI 3 tahun. Last aku kerja makan gaji adalah pada tahun 2007. 2015 ni la kali pertama aku terima gaji atas kerja aku sendiri. Kalau side income aku dalam shaklee aku dah terima sejak Oktober 2014 lagi.

Gaji pertama ni, perkara besar yg aku akan belanja adalah buat spek. Sob sob sob, spek aku pecah, kena pijak dengan adik putih aku, tapi tak ralat sangat sebab memang nak kena tukar spek pun sbb power dah naik. Ralat juga sikit sebab spek tu abang yg sponsor, hukhukhuk.  Abang pula dah habis projek, rasa macam malas nak mintak abang sponsor lagi, hihi. Lagi pun memang dah niat dari awal kerja lagi, dapat gaji nanti nak buat spek. Aku nak buat yg package sekali UV, dulu buat dalam rm250++, sekarang mungkin dalam linkungan tu juga la kot, dulu sekali bingkai, skang nak pakai bingkai tu ja, just nak tukar cermin, bajet dalam rm250 gitu.

Gaji tak banyak pun, tapi syukur alhamdulillah dari xdak langsung kan, kebetulan abang dah habis projek, so aku tak da la membebankan abang sangat, setakat pampers susu dan keperluan lain abang mampu lagi, ni aku cerita bab aku, nak shopping ka, beli pa2 ka, biasala orang pompuan, time abang ada job, boleh la laju jer hulur kalau aku minta, now kena jimat la, aku paham, tapi kekadang ada juga aku kata abang KEDE, kahkahkahkah, jahat gila kan!! Nasib la abang tu hati kering, lagi pun aku kata dalam lawak ja.

Seminggu lagi bonus SHAKLEE pula masuk, alhamdulillah, sungguh tak sia2 join, anda pulun anda dapat, semua atas diri ja, bulan ni bonus aku hampir 10x ganda dari bonus bulan pertama dulu, hepi sangat dan syukur pada Allah atas rezeki yg Dia berikan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™