
Scandal??
Perlukah ada scandal?
Pendapat aku. Tak perlu kott.
Dunia akhir zaman, bila seorang suami ada scandal dgn perempuan lain, bila seorang isteri ada scandal dengan lelaki lain, dan yg paling parah, bila seorang suami ada scandal dengan isteri orang dan seorang isteri ada scandal dengan suami orang.
Kisah benar, bukan nak aibkan sesiapa, cuma untuk iktibar dan pengajaran. Kisah scandal antara
individu A yg merupakan
suami orang dan
individu B yg merupakan
isteri orang. Masing2 telah pun mempunyai cahaya mata.
individu B merupakan kenalan lama
individu A . Mungkin juga
kekasih gelap. Mereka tidak boleh declarekan
hubungan sebagai kekasih kerana saat mereka berkenalan
individu A telah pun bertunang. Hubungan mereka terjalin dan begitu akrab, hinggalah saat
individu A berkahwin. Lama mereka menyepi, namun
individu A berjaya menghubungi kembali
individu B atas 'jasa baik' seorang rakan mereka yg memberi number telefon individu B.
Maka dari situ bermulalah episod
mengulit kenangan antara mereka, sudah pasti hubungan tersebut
diluar pengetahuan pasangan masing2. Dayuslah suami
individu B kalau biarkan isteri dia berkasih dengan lelaki lain. Dan pastinya hancur luluh hati isteri
individu A kalau dia dapat tahu suami yang dianggap setia rupanya berscandal di luar sana.
Rencananya mereka ingin berjumpa, kerana kebetulan
individu A akan menghadiri 1 kursus berdekatan kawasan tempat tinggal
individu B, tidak ingatkah
individu B pada status
isteri durhaka, lupakah
individu A pada isteri yg
taat setia? Hanya mampu berserah. Moga terbongkarlah segalanya suatu hari nanti. Dan pasti akan ada hati yang terluka akibat perbuatan mereka berdua.
Macam cerita novel plak. Tapi klu novel hanya fantasi. Ini adalah realiti... Dunia akhir zaman...