30 September 2014

Rezeki blogger HADIAH LAGI.

#update guna hp
Alhamdulillah...tetiba ja Kak Sue panggil. Ingat ada apa. Rupanya posmen hantar barang ni. Hihi. Rezeki aku. Boleh letak barang make up. Aku antara peserta bertuah untuk segmen INI

Saja aku bagi alamat tempat kerja. Senang. Sampai ja boleh tgk on the sport. 

#rezeki seorang blogger

Cabaran 30 Hari : Siapa bagaimana anda 10 tahun lagi #day16

Skang 25 tahun, sedang praktikal di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, 10 tahun akan datang maksudnya time tu dah 35 tahun, abang dah 40 tahun. Mungkin time tu dah duduk rumah sendiri, Ainul pun dah darjah 4, dah ada berapa adik agaknya, hihi.


Masa tu dah jadi mak mak yang sangat mak, haha, masihkah comel seperti sekarang? masihkah kecik molek seperti sekarang, Allah ja yang tahu…






29 September 2014

BIHUN SUP SIAM

#update guna hp..


Pernah makan bihun sup siam x? Ni kali pertama tau aku mkn bihun sup siam.. superb..meleleh air hidung aku gtau..hahaha

Bihun sup siam specialnya dan bezanya dgn bihun sup kedah ni adalah dia tambah tauge dan kangkung..pelik tapi benar.. dan memang sedapppp..

Habis licin aku n kaksue mkn..tinggal kuah ja..hihi..kami order special sikit. Tambah perut perghh sedap yg amat..haha

RM5 untuk satu mangkuk..lokasi lorong sebelah dataran cek det..pekan rabu alor setar kedah

Cabaran 30 Hari : Surat kepada seseorang #day15

Opss Ainul seksi, tangkap dalam bilik ni, Ayah baru balik keja, hihi
MY LOVE & MY BULAT, hihi
Buat suami dan anakanda tercinta, surat ini kutujukan khas buat kalian berdua, kerana kalianlah pengarang jantung hatiku. Moga kasih sayang kalian terhadap ku tidak akan pernah berubah, kerana diri ku sangat menyayangi kalian, kalian kini nyawaku, nadiku dan segala-galanya bagiku.

Blog ini adalah untuk tatapan kalian, ada kala terselit kisah2 lain yang menceritakan tentang aku, moga suatu hari nanti ia akan menjadi kenangan terindah buat kalian berdua, mengetahui liku2 kehidupanku, masa2 yang berlalu, dan kenangan2 kita bersama yang aku abadikan di sini.

Untuk surat yang serba ringkas ini, sekali lagi ingin aku katakan, aku teramat menyayangi kalian berdua!

Mohd Ezri Ramli
Ainul Mardhiah Mohd Ezri

Lot of love,
Bb abang / bonda Ainul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™