29 April 2014

CHECKLIST BARANG HOSPITAL


Dalam beg baby

Pampers new born 5
Selimut 1
Tuala 1
Baju 3 pasang
Mitten & booties 3 set
Topi 1
Kain lampin 2
Minyak yuyi
Set mandian
Barut 2
Bantal kecil
Baby wipes
Sapu tangan

My MIL gtau letak asing barang yang kita nak bagi kat nurse, jadi aku letak asing la, dalam plastik, nnt nurse mintak aku bagi plastik tu ja, dalam plastik tu ada:
  1. kain lampin 1
  2. pampers 1
  3. baju sepasang (aku bagi tangan panjang)
  4. selimut

* Beg baby dah penuh kecuali bantal kecil ja blom beli lagi, (bantal karipap), banyak lagi ruang boleh letak barang bonda sama, hihi

Dalam beg bonda

Buku merah
Ic
Baju untuk balik
Surah yassin
Tudung express
Pad
Disposable panties (dalam beg baby)
Bra
Minyak panas
Alatan mandian (Berus gigi, Ubat gigi, Pencuci muka, Sabun mandi )
Stoking 2
Tuala 1
Kain batik 2 (dalam beg baby)
Disposable nursing pad (dalam beg baby)
Deodorant
Bedak
Sikat
Lips
Selipar
Plastik
Sweater/cardigan
Termos air panas
Makanan (Milo, Roti )

* yang bold dah packing, yang lain blom...huhu

Nanti apa akan diupdate k, 33weeks already, baby sihat dan sangat aktif, terima kasih yaAllah..;-)

SEGMEN : 1st Simple Giveaway by CIKNA136

klik SINI untuk join
Hadiah : Screen Protector, Naturgo mask, Penanda buku, Keychain, Pin Tudung
Pemilihan : Cabutan bertuah

1/5/2014 : Pemilihan pemenang
Alert!!

28 April 2014

9th & 10th check up at klinik desa

Gabung terus, punya malas lama tak update, haishhh...

9th check up at klinik desa

5/4/2014 Sabtu

Berat: 52 kg, naik dengan jayanya
Baby: 30w
Hb: 10.5
Bp: cam biasa 100/60
Tinggi rahim dah 29cm..;-)

10th check up at klinik desa

18/4/2014 Jumaat

Berat: 54.1 kg, over!!
Baby: 32w
Hb: 9.3
Bp: cam biasa 100/80
Tinggi rahim dah 30cm..;-)

Au balik U 12/4, boleh plak aku terlupa nak bawa ubat, maka seminggu la aku tak makan ubat, sedangkan minggu depan tu ada check up, habis laa.. sebab tu la Hb aku trun mendadak tinggal 9.3, last2 nurse klinik desa buat surat mintak aku ambik darah di klinik kesihatan tunjang, 20/4.

20/4/14 Ahad

Berat : 54.2 kg, ntah la dalam masa 2 hari naik 100g, tak tau la kot penimbang lain..
Baby : 32 w
Hb : 9.8
Bp : 110/70

Oleh sebab Hb aku naik sikit ja, aku kena repeat cucuk ambil darah. Buat sekali dengan repeat scan masa 34 minggu nanti iaitu Ahad minggu depan.

Doc bagi aku dua kotak iberet, seperti yang sedia tahu aku kan tak boleh makan iberet tu, muntah teruk, aku try juga kot2 perut makin besar ni dah ok. Doc bagi dua kotak aku makan 2 biji ja, malam sebiji sebelum tido, pagi sebji, yang malam tu aku jadi susah tidur, ashik sendawa ja, sendawa tu plak bau iberet tu, eeuuww, siangnya aku makan kul 8, dalam 8.30 aku buat air milo, elok ja habis satu mug tu, terus muntah. Muntah teruk plak tu, dah la pagi, memang aku g kelas dalam keadaan yang tak bermaya langsung, huhu.

Now aku dah beringat, tak tinggal dah Vita Lea merata rata, huhu, kalau dulu aku makan 1 biji sebelum tidur, skang aku dah amalkan 2 biji ja, pagi dan malam, minggu depan harap Hb aku naik la, taknak kena cucuk kat punggung, adik aku gtau sakit sangat, huhu

Masya Allah, aku lupa, 27hb sepatutnya Keychain MiniGA #7, maaf, huhu. InsyaAllah tghri o petang ni akan public entry...wait ya....................;-)

21 April 2014

Mengidam beras ketika mengandung

Skema tak tajuk??

Aku lerr tu, pelik tak pelik tak, aku ada search juga, rupannya bukan aku sorang jer yang alami camni, ramai lagi. Kisahnya bermula pada suatu malam kat U ni, ntah nape tetiba tekak teringin sangat nak makan beras, aku pun pelik, dah la lambat lagi  ak balik kampung, dalam dua tiga hari camtu la, aku pun mintak la nestum oat kat kawan aku, ok la sedap juga walaupun sebelum ni aku cukup tak berkenan nestum yang ada oat.

Balik ja kampung, terus gi dapur, gtau MIL yang aku aku nak makan beras, hihi.. aku ambik sikit jala, guna mangkuk kecik tu, dah banyak hari  ni, tak hilang2 lagi ngidamnya, nasib la aku bawa bekal datang kat U ni, aku letak dalam bekas dadih yang kecik tu, hihihi. Masa nak datang U tu aku sempat gi tunjuk kat pak mertua aku, dia gelak ja..

Kalau berkesempatan teringin juga nak senaraikan makanan apa yang aku ngidam nak makan sepanjang aku ngandung ni, setakat yang aku jerla, tengok la next2 entry nanti, bukan tak tau aku ni, ikut modd ja nak update, yerla, blog peribadi kan, kalau blog gosip dok buat perangai camni memang ketinggalan la..

See u...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™