Salam maaf sebab aku tak perasan entry ni kosong masa aku publish semalam, line teruk sangat, huhu, ini kisahnya...
Salam, balik kampung hari tu, bapak mertua ku datang ambik
kat U, oleh sebab abang tak dak kat rumah maka aku gtau bapak mertua ku mintak
hantar aku terus balik rumahku, hihi. Tapi sebelum balik tu, ajak bapak mertua
ku singgah Jitra dulu, kononnya nak guna voucher buku la kat QS Jitra untuk
beli alat tulis, sekali gi tanya, tak boleh lagi, haishh, nape tak boleh lagi??
Tak faham aku. Then takpala, kami gi jer Jitra Mall bayar bill telefon aku dan
abang, RM3 rat ++ juga la, untuk 2 bulan k, bill berdua, ;-)
Ok, sampai ja rumah adik putih macam biasa buat malu2 kucing
dia, walaupun dengan kakak sendiri, maklumlah, jarang balik, tapi dia ok jer,
mahu juga kalau dukung, tak nangis macam dulu dah, ayah aku yang tengah bawak
terektor kat belakang rumah, stop la kejap sebab nampak besan dia datang,
sembang punya sembang bapak mertuaku mintak diri. Tapi sebelum tu abang kol
tau, abang gtau abang sampai tengah laut dalam 12tghri gitu, kul 5.59pm baru
abang kol aku, xpala, at least abang kol, dan itu la last aku dengar suara
abang, sampai detik ini…huhu
Malam tu aku lepak kat rumah, main dengan adik putih aku
sampai puas, best sangat, tengah malam ja teringat kat abang, tapi tak di layan
sangat, sebab ralit ja main dengan adik putih n sembang2 dengan mak, kami tido
reramai kat depan tv..
Esoknya, bangun pepagi, basuh baju, basuh pinggan, tolong
mak masak, lepas Jumaat ayah dah nak hantar aku balik sana, kan Sabtu aku ada
check up kat klinik desa sana, balik Jumaat tu kami siap2 la nak hantar aku, mak
ngan adik putih ja follow, yang lain dok umah..
Sampai ja umah mertua aku, lepak2 jap, bancuh air dekat mak,
sembang reramai, adik putih cam biasa la, aku bawa dia ke dapur, ikut ja ke
mana aku melangkah, hihi, cam comel ja… dah tu
ayah pun mintak diri sebab ada keja, masa salam ngan mak ayah tu asa
sebak camna ntah, sedih nak pisah, padahal rumah dekat ja, sob sob sob…
Malam tu aku layan cita TWILIGHT, sampai la ngantuk, dah
terlelap pun kat kerusi tu, bangun gi toilet, masuk bilik, kemas2 tempat tido,
then baring, zupppp, terus teringat abang, laju ja air mata mengalir, dalam dok
ngantuk tu, serius teringat sangat, tak mampu nak control emosi, rindunya Allah
ja yang tahu.. (T____T)
Aku hantar email kat abang, dalam linangan air mata, aku
tidur pun bertemankan air mata. Hanya pada Allah aku mohon, moga aku kuat, doa
agar Allah jagakan abang di lautan sana, moga abang balik ke pangkuan aku
dengan selamat.
2 comments:
Assalamualaikum awak. teruskan tabah hati ya. in shaa Allah, suami kamu sihat2 dan baik2 sahaja ~~~
in shaa Allah
semuanya kuat utk anak kan.
berdoa je utk kesejahteraan bersama.jgn la nangis nangis k.. ;)
ciksu paham tapi zirah kna jaga diri n kesihatan dan bby juga. in shaa Allah smga dipermudahkan semuanya k..
Post a Comment