28 January 2014

Kandunganku 20 minggu ;-)

Alhamdulillah miniGA yang aku anjurkan dan berlangsung selama dua hari, kepada sesapa yang singgah blog aku yang blom join miniGA aku lagi sudi-sudilah klik SINI, SEMINGGU  ja tau, tak payah malas2, bukan nak kena buat entry pun, tinggalkan link blog kat entry tu ja.

Okey tanggal 26/1/2014 hari Ahad aku ada temujanji dengan doctor klinik kesihatan Tunjang untuk repeat scan. Check up bulanan aku kat klinik desa, kalau scan kena gi klinik kesihatan, ni kali kedua aku scan kat klinik tu, 1st masa aku buat buku merah 27/10/2013 Ahad. Masa tu baby baru  7minggu nampak macam kacang merah ja.

Sebelum tiba tarikh scan ni aku ada g scan kat swasta tau, Dr. Noriah, kebetulan aku teman kawan aku untuk cek kesuburan, terus la scan perut aku skali, masa tu 4/12/2013 kandungan aku 12 minggu, best sangat nampak baby dok lonjak-lonjak dalam perut, aktif sangat baby masa tu. Aku nak sangat scan sebab asa lambat gila nak tunggu 26/1..hihihi

Akhirnya tiba juga kan 26/1/2014, pepagi lagi aku dah bangun, iron baju, iron tudung, haaa, tak sabarnya nak tengok anakanda aku tengah buat apa kat dalam ni, serius memang excited sangat, aku g dengan abang, Alhamdulillah abang masih ada di darat untuk teman aku tiap kali check up..;-)

Sampai ja klinik, letak buku merah dalam raga, aku blur, tanya akak kaunter tu, kena ambik no tak, dia kata tak payah, nanti dia panggil, dia panggil nama aku, dia bagi no untuk jumpa doc, g timbang, alhamdulillah berat naik, check tekanan darah, Alhamdulillah stabil, then g test air kencing kat makmal, okey ja tak kena apa2, tunggu la untuk jumpa doc, nak kata lama pun tak kejap sangat pun tak, sedang2 ja waktu aku tunggu. Timbul la no aku, kali ni ajak abang masuk, sebab abang tak tgk g aku scan.

Dah sembang2 dengan doc, doc suruh aku baring, aku pun baring, abang tunggu la kat hujung katil tu, nak tengok baby kecik la katakan, doc sapu jel kat perut then mula scan, aku tak perasan apa pun, aku tanya la mana baby, doc tunjuk ni kepala dia, then ni kaki dia, ni jantung dia, kat jantung tu aku nampak la benda dok berdegup, yang lain langsung tak perasan apa, lama juga doc scan, sambil doc ambik ukuran, sedangkan aku yang dok tengok tak perasan apa pun, ikut hati nak ja aku nangis, betapa kecewanya aku, apa pun doc gtau baby sihat, Alhamdulillah.

Print kuar pun nampak garis warna putih ja, sampai aku kena tanya doc mana baby, doc tunjuk ni kepala ni kaki, garisan putih terang tu tulang belakang dia. Atas kereta aku terus gtau abang aku nak buat scan 3D, aku tanya abg nape masa aku scan swasta masa 12minggu hari tu nampak clear ja baby dok lonjak2, ni sampai tak nampak apa langsung walaupun dah 20 minggu. Abang gtau tengok la kualiti, kalau tak takkan swasta nak cas sampai RM35 sekali scan, sungguh juga kan, alahai… SEDIH AKU..

Aku mesej dengan wife kawan abang, dia cadangkan aku g buat kat Mahsuri, cepat dan murah, dia masa 4 bulan dah tahu jantina, see, aku skang dah 5 bulan tau!! Hukhukhuk… sabar sabar, so aku cadang nak g buat 3D scan masa kandungan 24minggu nanti, insyaAllah, ;-) Wife kawan abang kata scan kat klinik kesihatan tu zaman jepun punya tu tak nampak apa, kehkehkeh, gelak besaq aku dengar..

Kesimpulannya:
Berat : 46.1kg (naik 1.2kg dalam masa 3 minggu)
Baby : 20week
Hb : tak check
Bp : 110/70 ( sebelum ni 100/70 )

Doakan baby sihat yer...;-)


7 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. sheila nak masuk 23 weeks, belum buat scan 4D lagi. in shaa Allah, lepas raya cina nak g scan baby. semoga dipermudahkan urusan awak nak skodeng gender baby. hehe. jaga kesihatan, jaga diri baik2 ye awak (",)

Farah Waheda Wahid said...

tahniah nazirah, Alhamdulillah, wah dah lama sungguh akak tak datang sini sejak bersalin dan dalam pantang...tup tup datang hari ni dapat berita gembira sukanya akak untuk adik akak ni...

adda syuhada said...

sy plk dh 30wks...next week ada check up...hope semua ok..

Zara Nurhaidah said...

Wahwah..thniah awk .. hope smua bjalan lancar..aminn.. ^^

mawar berduri said...

kita pulak dah 32week...hihi.bdn dh x larat dah rasa..

Sya Mimie said...

semoga dipermudahkan semuanya.. bestnya dapat skodeng2 baby.. :)

QasehnyaRania said...

alhamdulillah.
bestnya kan.jaga diri n makan k

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™