5 January 2014

Kisah Kita Bermula Di Januari

5 Januari 2005

Pertama kali kami berhubung kembali setelah 5 bulan menyepi, aku guna number baru, jadi aku yang mulakan dulu, tak ku sangka dia masih mengenaliku, ;-)

Di tarikh ini segalanya bermula, detik perkenalan antara aku dan dia, “sweet little baby gurlfren” ayat yang selalu dia gunakan, aku hanya tersenyum.

Jika di kenang detik ini, hanya senyuman terukir dibibir, jodoh yang telah di aturkan di atas sana, bermulanya dari hasil perkenalan ringkas ini.

Masih jelas dalam bayangan, bagaimana aku ketika sedang bermesej dengan dia, malam yang sepi, gelap gelita, di saat sesi persekolahan baru bermula.

Aku matang katanya, walaupun aku ketika itu baru 16 tahun, salah satu sebab kenapa dia suka berkawan dengan aku. Aku hanya tersenyum, matangkah aku?

Dari tarikh itu bermulalah keakraban kami, keakraban yang tak dijangka yang kekal hingga kini, yang bermula pada detik 5 Januari.


Doaku moga hubungan halal ini kekal hingga ke syurga yang abadi, aku bersyukur, di anugerahkan rasa cinta yang kekal hingga kini, sungguh aku mencintai dia, sungguh aku menyayangi dia. Terima kasih Allah yang Esa, aku kini halal untuknya…;-)

Pic masa jadi tunangan si dia, 2010

3 comments:

QasehnyaRania said...

alhamdulillah. ciksu doakan semoga jodh kamu suami isteri kekal bahagia till jannah.aamiin :-)

Nur Sakinah® said...

Semoga kekal dan berbahagia hingga hujung nyawa sis...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. semoga berpanjangan kasih antara kamu suami isteri. in shaa Allah (",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™