17 May 2014

Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga

Tanggal 12/4 yang lalu bermula la kehidupan pelaut sebagai orang darat, awal tahun ni, abang dapat offer 1 project di darat, satu berita gembira utk aku, untuk ayah mak dan untuk abang juga,  katanya bulan 3 nak start, tapi di sebabkan keja tu tak tahu bila, Mac 2014 abang terima tawaran untuk naik laut dulu, setelah sekian lama abang tak naik laut, tapi abang naik kjap ja, sebab abang dah dapat panggilan yang projek di darat dah nak start, semuanya di bawah satu company yang sama, sebab tu abang boleh jer nak balik awal..;)

Projek kali ni di Pulau Pinang, alhamdulillah abang dah dapatkan rumah sewa, tapi berbentuk homestay, jadi penuh la perabut, peti ais, mesin basuh, tv, katil almari tilam, lengkap, abang datang bawa baju n badan ja, hihi. haa, cuma satu jala, xda dapur, sob sob sob..

Rumah ni memang dekat gila dengan tempat keja abang, tapi abang jarang stay, salu ja abang balik kampung, boring katanya, hihi.. kalau abang letih sesangat baru abang stay.

Kalau abang balik hari Khamis tu, aku rajin juga follow abang gi rumah sewa abang, Jumaat pagi kami bertolak, abang hantar aku kat rumah then abang gi keja, Sabtu tu lepas abang kja kami bertolak la balik kampung, abang takdak cuti, tapi kja abang flexible, tak fix pada office hour. Sebab tu abang rajin ja balik kampung, dekat jer kan.

Muka boring sebab tunggu tuan rumah 2 jam..
Last-last kuar keta lepak kat luar, hihihi
Now abang dah keja darat, insyaAllah projek setahun, kalau cukup setahun maka bulan 4 tahun depan baru habis, sempat la kami sekeluarga berhimpun, aku dok berangan dah kalau abang masih ada kontrak lagi, habis ja praktikal bulan 11 nanti nak datang duduk dengan abang samer baby kecik...;-)

* baby kalau naik keta abang bukan main aktif dalam perut bonda, suka lerr tu ayahanda bonda bawa gi jejalan, hihi...

3 comments:

Mar Mansor said...

seronok la bila dah kat darat..hihi..

Budak Kampung said...

ALHMADULILLAH..REZEKI ITU DTG TANPA DIJANGKA

Ibu Lala said...

Alhamdulillah. Senang sikit kan bila hubby dekat dengan kita. Amboi bb ni keje nak berjalab aje ye. Best ke jalan jalan tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™