1. Cermin sisi kereta ku hancur gara2 selisih dengan orang dekat jalan otw datang kerja, dengan lajunya pemandu tu tekan minyak kereta dia, kelepang!! hancur berkecai cermin sisi aku, aku stop dan hon, pemandu tu buat bodo ja, bawa keta tanpa ada perasaan bersalah!! kalau perempuan kau penakut! kalau lelaki, kau DAYUS!!
2. Aku mengikuti latihan kursus asas Jpam selama 3 hari 2 malam. Tapi aku tak bermalam, tak bermalam pun kul 12 juga balik, abang hantar dan datang ambik. 2 malam tinggal Ainul, aku balik dia dah tidur, jaga untuk menyusu ja, tu pun tak buka mata. Ya Allah, tak mungkin aku akan mengikuti aktiviti waktu malam melainkan sesuatu yg betul2 memaksa!!
3. Aku dah pi buat buku merah! Berat buka buku kali ni hanya 41.5kg berbanding masa buka buku kat Ainul dulu 44.5kg. Semuanya berjalan lancar, takdak masalah apa, jangka kali ni pada 11.11.15. Moga semuanya dipermudahkan.
4. Kerja di opis macam biasa, awal bulan dan hujung bulan sibuk dengan clim elaun anggota. Bulan ni sangkut sebab cuti 1-4hb. 5hb Tuan xdak untuk tandatangan elaun, jadi clim kami hanya akan ditandatangan selepas tuan balik iaitu pada 10hb. Lambat la gaji bulan ni.
5.Ainul dah start merabat, tapi still tak pandai bertatih lagi, bila kita pegang tangan dia, dia tak pandai nak hayun kaki lagi, its ok sayang, slow2. Mulut tu masyaAllah, pot pet pot pet, ada ja dia nak bebel, bahasa dia la, aku layankan jer.
6. Kesihatan aku? Aku masih tak boleh telan ubat tambah darah, wajib muntah. Badan ok2 ja, kekadang full energy kekadang rasaxdak tenaga langsung. Sakit kepala pun kekadang ja, berbanding masa Ainul dulu, sampai hari2 sakit kepala. Makan, selera! alhamdulillah, Allah tak tarik selera makan aku kali ni.
7. Moga Allah terus pelihara hati dan iman kami suami isteri agar saling menyayangi dan mencintai, setia hingga ke hujung nyawa, sesungguhnya hati itu milik Allah, moga Allah tetapkan hati imamku hanya untukku. Perempuan2 @ lelaki2 lain yg hadir dalam hidup kami biarlah diibarat seperti batu2 kecil yg ada disisir pantai, biarpun selalu ada, pantai hanya menanti kehadiran ombak!! Batu2 itu hanya perhiasan yg tidak memberi sebarang makna!!
4 comments:
wah cantik tarikh 11.11.15... November baby...
Kalau tak betul-betul memerlukan memang takkan sertai apa-apa aktiviti malam pun...sama dengan akak...
wahh ainul nak dapat adik. tahniahh kak
cntik tarikhnya
15/11/15 ulangtahun ke 8 ciksu
jaga diri ye..
jaga kesihatan ye...
moga pregnancy kali ni membahagiakan :)
Post a Comment