Perlukah ada scandal?
Pendapat aku. Tak perlu kott.
Dunia akhir zaman, bila seorang suami ada scandal dgn perempuan lain, bila seorang isteri ada scandal dengan lelaki lain, dan yg paling parah, bila seorang suami ada scandal dengan isteri orang dan seorang isteri ada scandal dengan suami orang.
Kisah benar, bukan nak aibkan sesiapa, cuma untuk iktibar dan pengajaran. Kisah scandal antara individu A yg merupakan suami orang dan individu B yg merupakan isteri orang. Masing2 telah pun mempunyai cahaya mata.
individu B merupakan kenalan lama individu A . Mungkin juga kekasih gelap. Mereka tidak boleh declarekan hubungan sebagai kekasih kerana saat mereka berkenalan individu A telah pun bertunang. Hubungan mereka terjalin dan begitu akrab, hinggalah saat individu A berkahwin. Lama mereka menyepi, namun individu A berjaya menghubungi kembali individu B atas 'jasa baik' seorang rakan mereka yg memberi number telefon individu B.
Maka dari situ bermulalah episod mengulit kenangan antara mereka, sudah pasti hubungan tersebut diluar pengetahuan pasangan masing2. Dayuslah suami individu B kalau biarkan isteri dia berkasih dengan lelaki lain. Dan pastinya hancur luluh hati isteri individu A kalau dia dapat tahu suami yang dianggap setia rupanya berscandal di luar sana.
Rencananya mereka ingin berjumpa, kerana kebetulan individu A akan menghadiri 1 kursus berdekatan kawasan tempat tinggal individu B, tidak ingatkah individu B pada status isteri durhaka, lupakah individu A pada isteri yg taat setia? Hanya mampu berserah. Moga terbongkarlah segalanya suatu hari nanti. Dan pasti akan ada hati yang terluka akibat perbuatan mereka berdua.
Macam cerita novel plak. Tapi klu novel hanya fantasi. Ini adalah realiti... Dunia akhir zaman...
3 comments:
salam singgah :))
Moga mereka di bukakan pintu hati untuk ubah sikap..
smga dibukakan pintu di saat terakhir sblm brjumpa.sama sama kita berdoa. itulah skrh ni kena berwaspada bila berwasap..
Post a Comment