25 January 2015

Baju Sweet Muslimah

Assalamualaikum..


Al kisahnya aku ada beli baju di sweet Muslimah, saiz S, selalunya saiz S muat jer dengan aku, tapi mungkin kali ni saiz S terbesar kot. Aku dah test dah masa balik rumah hari tu, aku post guna alamat rumah aku, HARI INI ORDER ESOK SAMPAI!! Memang superb service Sweet Muslimah!! 


Nak dijadikan cerita aku pun bawa balik baju kat rumah. Pagi esoknya aku basuh baju, dah selesai semua, aku teringat nak basuh BAJU BARU, tanpa fikir panjang aku pun pi la ambik baju dalam bilik dan basuh!! sebelum tu aku dah cerita kat adik aku yang baju kali ni terbesar sikit dengan aku, bahu ok, cuma badan. Adik aku ni PENGGEMAR baju Sweet Muslimah jugak, kot2 la dia sudi nak beli kat aku, rupanya dia kata takut tangan singkat sebab dia pakai saiz M tu tangan elok2 dah. 

Aku akui juga sebab saiz S ni tangan memang muat2 ja dengan aku, cuma badan ja besar, dia pun gtau la KENAPA TAK TUKAR??? Ya Allah, sungguh aku terlupa yang semua baju kat Sweet Muslimah BOLEH TUKAR!! In case kalau ada yang rosak, saiz tak muat, terkecik ka, terbesar ka, adoiii…… kenapa la aku boleh lupa!!

 Ni gambar baju yg aku beli saiz S.



Kriteria baju ni;


Baju dari 100% High Grade Cotton Carded
Baju 'A' shape Cutting 
Lengan berbutang
Muslimah Kemas, dinamik dan manis
Berzip pendek di bahagian dada
Sgt2 selesa dan sedap dipakai
100% Jaminan kepuasan
Baju Muslimah Online Terbaek


Ni transaksi aku beli baju, nak gtau aku beli bukan time promosi atau sales, memang itu harganya.


Sedih sangat, yerla, benda boleh tukar, tapi atas kelalaian sendiri, boleh lupa, dah buang tag, siap basuh lagi!! Lama juga fikir nak buat camna ni, fikir punya fikir aku buat keputusan nak jual ja, ada yg berminat x? nanti nak try post kat group FB tengok, kot2 ada yang berminat kan. Entry ni aku buat supaya orang yang nak beli tu boleh baca kenapa aku nak jual, kenapa aku tak tukar..
Ni pic adik aku, baju yg sama, cuma warna purple, saiz M.


Jujur cakap baju2 kat Sweet Muslimah memang cantik dan puas hati bila pakai, tak jarang dan tak panas. Berbaloi sangat!!!


Kalau korang nak tengok koleksi-koleksi lain di Sweet Muslimah, korang boleh klik SINI.


Aku nak jual baju tu, kalau ada yang nak, boleh wasap aku NAZIRAH 0194090064.

4 comments:

ejulz said...

Jemput singgah "Anak buah kesayangan"


Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

Nur Inani said...

kita pun suka pakai baju muslimah. senang tak yah nak gosok gosok dah. heheh :D
jom join segmen saya :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™