21 April 2014

Mengidam beras ketika mengandung

Skema tak tajuk??

Aku lerr tu, pelik tak pelik tak, aku ada search juga, rupannya bukan aku sorang jer yang alami camni, ramai lagi. Kisahnya bermula pada suatu malam kat U ni, ntah nape tetiba tekak teringin sangat nak makan beras, aku pun pelik, dah la lambat lagi  ak balik kampung, dalam dua tiga hari camtu la, aku pun mintak la nestum oat kat kawan aku, ok la sedap juga walaupun sebelum ni aku cukup tak berkenan nestum yang ada oat.

Balik ja kampung, terus gi dapur, gtau MIL yang aku aku nak makan beras, hihi.. aku ambik sikit jala, guna mangkuk kecik tu, dah banyak hari  ni, tak hilang2 lagi ngidamnya, nasib la aku bawa bekal datang kat U ni, aku letak dalam bekas dadih yang kecik tu, hihihi. Masa nak datang U tu aku sempat gi tunjuk kat pak mertua aku, dia gelak ja..

Kalau berkesempatan teringin juga nak senaraikan makanan apa yang aku ngidam nak makan sepanjang aku ngandung ni, setakat yang aku jerla, tengok la next2 entry nanti, bukan tak tau aku ni, ikut modd ja nak update, yerla, blog peribadi kan, kalau blog gosip dok buat perangai camni memang ketinggalan la..

See u...

8 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. makan ke tak beras tu? hehehe orang mengandung ni banyak kepelikannya. hehheee takpe la, sabar banyak.. nanti hilang sendiri rasa mengidam tu. hee jaga diri mommy ~~~

IntaNBerliaN said...

akak baca tajuk je terus tingat dkt falsya... kenal tak blogger falsya ni?.. dia pun ms prgnant tahun lps duk ngidam beras.. hihi

Unknown said...

tak pelik dear
my best fren pun mengidam makan beras
penah otw kami dari terengganu nak balik kedah, siap prepare beras siap2 dalam kete^^

Mummy MM said...

Hahah, boleh pulak cam tu. Asal tak mengidam pelik2 jadilah.

Kak iman said...

lawak la dgr org2 yang mengadg ni. bnd yang pelik pun, boleh jdik.tapi 2 kan pengalaman kan kak?nnt boleh citer kat ank

QasehnyaRania said...

makan berpada pada tau duk :)

ingt mmber kt jb dlu.india, suka sgt kunyah beras.. tapi bkn ngandung pon.sje dia. dia kata habit.. hihi

Mar Mansor said...

macam2 halnye orang mengandung ni kan..
harap dapatlah makanan yang diidamkan tu ye

Unknown said...

hehehe penah dengar jugak orang ngidam beras....takpe la selagi halal dan masuk akal...boleh lagi tu hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™