Salam.. minggu ni aku balik kampung lagi, boleh di katakan
sem 6 ni, setiap minggu aku balik.. aku balik kali ni sebab aku ingat abang
balik, rupanya takk..huhu, last abang kol selasa 11/3 10.57am..
Aku salah faham, Khamis 13/3 tu dalam 2.16pm abang kol lagi,
tapi masa tu aku tengah mandi untuk balik kampung, so, punahlah harapan aku
yang beranggapan abang dah balik dan nak buat surprise kat aku, sebab abang kol
guna no I talk, huhu, bertambah sedih apabila sudah mandi tgk hp da miskol dari
abang, sob sob sob..
Jumaat 14/3 oleh sebab tak da kja apa, aku ikut mak mertua
aku gi rombongan meminang anak sedara dia, best la juga, balik tu aku mintak
bapak mertua aku hantar aku balik rumah aku, boleh main dengan adik solehah,
hihi..
Sabtu 15/3, untuk pertama kalinya Kedah hujan,
alhamdulillah, masa ni aku baru ja nak bersiap untuk balik Pida Dua, sebab pak
mertua aku nak hantar balik U, aku mintak adik lelaki aku tolong hantar balik
sana jap, ngan moto jerr sebab keta ayah aku rosak, huhu.. tetiba hujan plak,
relax2 la dulu sambil menikmati hujan yang turun, hujan rahmat tu..
Tengok2 pak mertua aku kol, gtau nak datang ambik aku sebab
hujan, nak balik camna kan, thanx ayah! Hihi.
Diringkaskan otw balik U tu ABANG KOL!! Setelah hampir 3
hari tak dengar suara! Senyum la aku, aku tanya abang sihat tak, abang gtau
abang sakit perut, makanan kat sana sama kot. Aku tanya abang bila nak balik,
abang gtau tengah tunggu helikopter, helikopter diorang terlibat dengan misi
pencarian MH370, jadi sekali dengan diorang la tersadai kat pelantar minyak tu,
huhuhu
So, tak pasti la bila abang akan balik, sempat ke tak nak
teman aku g scan bb kecik minggu depan, tak sabar sangat nak tahu jantina baby
kecik dan g shopping barang baby!
Salah faham ingat abang balik minggu ni, huhuhu
Moga abang baik2 ja kat sana, dilindungi dan dipermudahkan segala urusan, amin.. we love n miss you!!
3 comments:
ala cian die...sabar yer tgu husband balik...
akak baca akak pun rasa xsabar nak tahu jantina baby nazirah...
take care :-)
alhandulillah
kl pon hujan
take care
Post a Comment