1 August 2013

Cerita Kedai Melayu

Al kisahnya hari Rabu minggu lepas, maksudnya 24 Julai la kan, aku g hantar kain baju raya aku untuk dipotong, aku beli baju siap dah, so faham2 la, haha ( labuh ).

Ok, ni dialog yg telah diolah semula oleh aku sekadar aku ingat la..

Aku : kak, nak potong bawah kain boleh tak?
Akak tu : potong macam mana?
Aku : just potong bawah ja, labuh.
Akak tu : boleh, bila nak ambik?
Aku : ( raya lambat g ) saya ambik lagi seminggu boleh?
Akak tu : haa, boleh..
Aku : ( Hulurkan plastik ) kak tak kena tulis nama ka?
Akak tu : ( dengan penuh keyakinan ) tak payah.

Dalam hati, ok, bajet macam dia ingat la mana kain aku kan, Melayu, Melayu, aku p Kedai Cina potong kaki seluar jeans, nyonya tu siap mintak aku, nak bagi nama boleh no. moto pun boleh, betapa depa jaga pelanggan depa.

Aku ada kata kat adik aku, nak kena p tengok juga dua hari sekali ni, silap2 kita nak p ambik minggu depan tak jahit2 lagi, tapi apakan daya, aku sibuk tak sempat aku singgah kedai tu.

Ok, takpa la, seminggu berlalu, kelmarin 31 Julai, Khamis, dengan semangatnya aku nak p ambik kain aku, p la kedai tu..

Aku : nak mai ambik kain yang potong hari tu.
Akak keja : kain yang mana yer? Bagi kat kak sorang lagi ka?  SEE KALAU TULIS NAMA KAN SENANG, BERLAGAK SANGAT TAK NAK TULIS NAMA!
Aku : kain yang saya hantar minggu lepas yang potong bawah tu
Akak lain : ish dok tang mana tak tau, tak jahit lagi pa..

Perghhh, berapi ja dengar…

Aku : saya hantar minggu lepas dan gtau nak ambik lagi seminggu ( dengan muka kelat, aku tak mampu nak senyum dah )
Akak lain : jap yer. akak tu pun tak senyum kat aku..

Tahu dia p cari kat na? DI BAWAH TIMBUNAN PERCA2 KAIN, perghhhhhhhhhh

Akak lain : yang ni ka, ( sambil buka plastik dan ambik kain aku) haa, tak jahit lagi.
Aku : ( kalau dalam animasi boleh bayang dah macam gorku dapat kuasa, berapi…haa macam tu la aku ) dengan geramnya aku bantai, saya ambik ESOK boleh. Hammbekk kau, aku bagi seminggu ko buat sambil lewa sangat kan,
Akak tu : waktu mana?
Aku : waktu petang2 cam ni la

Terus belahhh… atas moto pot pet pot pet pot pet kat adik aku..haha cian dia

Aku marah bukan sebab aku tak sabar tapi CARA diorang layan tu, proper la sikit, ko berniaga, nak tarik pelanggan datang, tapi CARA ko tu membuatkan pelanggan lari. Hadoii, macam mana nak maju??!!

Kesimpulannya di sini, kalau nak berniaga buat cara nak berniaga, kena pandai jaga pelanggan, kalau macam ni la layanan dan service, agak2 lepas ni aku nak gi lagi ka kat tempat tu, tambah aku 1st time g upah, pasni memang tak laaaaaa… kena 10 orang dia buat macam tu, bungkus la tauke kedai tu.


Apa nama tah kedai tu, area Sungai Korok, kampung aku jer. 

8 comments:

intanfirdaus247 said...

memang patut la nazirah marah...org berniaga kalau x jaga pelanggan memang payah la nak maju

Farah Waheda Wahid said...

sepatutnya dia kena catitlah nama so that tak tertukar or tak tersalah buat... adoiii... kena monitor tu nazirah...kalau akak pun seriau... hu hu hu...

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

eish2, ,yana selalu klw oter bju ke ape ke,,selalu auntie akan letak nma kat kain tue, ,siap letak trikh nk ambil lgi,,

Kekzamanis said...

Ish2, teruknya servis.. Kalau akak dah mintak diskaun dah sebab dia tak tepati janji. Pstu buleh plak tak ingat mana satu kain kita.. Tak proper langsung nak berniaga.. Apela Melayu.. patutla tak maju2.. Wat malu bangsa Melayu jer.. Huhu..

Fiza Aizzawa said...

kalau fiza mmg x dtg dah..mmg berlagak betul..

Masha Meisters said...

memg sakit hati camtu....sabau je la...
selamat hari raya nazirah :-)

shafwan said...

Heheh..kena banned jekedai mcm tuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™