15 March 2013

ADA DUA BENTUK "PJJ"

PPJ----->> Perkahwinan jarak jauh..

Kenapa aku kata ada dua bentuk, ini semua pengalaman hidup aku yang menjalani PJJ ini...huhu

Al-kisah, aku dan abang sememangnya dari zaman bercinta lagi dah jarak jauh,aku area utara ja, sekolah kat Kedah, politeknik kat Perlis, Universiti balik Kedah balik, sementara abang, sekolah kat Langkawi, IKM Melaka, Universiti kat KL, kja Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Sabah, Sarawak, Terengganu. Merata dah abang pegi..huhu

Berbalik pada kisahnya, nak gtau aku dah terbiasa jauh dengan abang, tapi kami hari2 contact tau, sesibuk mana pun abang, dia akan contact juga paling3 kurang pun sekali. Paling kerap toksah cita la, hihi. Jadi bagi aku, berjauhan adalah perkara biasa, asalkan aku dapat contact dengar suara abang hari2, dapat mesej2 dgn abang hari2. Pengalaman di awal perkahwinan, abang dapat keja kat sarawak, 3 bulan kami terpisah, tapi hari2 contact, rindu tu memang rindu tapi asa macam dekat ja bila dapat contact.
INI ADALAH PJJ BENTUK PERTAMA, JAUH TAPI DAPAT CONTACT HARI2, TIAP MASA.

Sejak abang dapat keja offshore kami langsung tak dapat contact, pernah juga fb pun tak boleh, aku hanya komunikasi satu hala ja dengan abang, melalui email ( macam cerita NUR KASIH gitu ) huhu. Ada masa aku taip ok ja, ada masa aku taip dalam linangan air mata sebab terlalu rindu. Abang dah naik banyak projek, setiap projek berlainan kemudahan yang diorang sediakan, ada yg boleh kol, ada yg tak boleh, ikut nasib la, paling heaven bila abang jadi "client", dok atas kapal tu siap ada opis sndiri, sah2 la dlm opis tu ada komputer n telefon. Sekarang abang dapat offshore perairan area Terengganu, kat sana abang jarang online sbb terhad, kol langsung x boleh, aku hidup tanpa suara, tanpa mesej abang, sesekali hanya melalui facebook, sebab tu la aku kekadang tak mampu nak tahan emosi, huhu. Kalau selalu bila asa rindu aku akan kol dengar suara abang, skang bila rindu asa sakit sangat kat hati ni..sedih, x boleh nak dengar suara..huhu
INI ADALAH PJJ BENTUK KEDUA, JAUH DAN TAK DAPAT CONTACT LANGSUNG.

Tapi...........................aku tetap bersyukur sebab aku tahu bila abang balas msj kat fb, bermakna abang sihat, aku masih boleh berhubung dgn abang walaupun hanya sekali sekala, dan aku tahu abang akan pulang ke pangkuan aku, insyaAllah... Untuk itu aku harus tetap bersyukur.. Allah masih izinkan aku dan abang bersama..

4 comments:

Unknown said...

KALAU KAK BUI MMG X SANGGUP SEBAB KAK BUI JENIS YG NAK BERKEPIT 24JAM DGN HUBBY..HIHIHI

Fatin Diana said...

sabar ye kak. jauh2 ni best sbb selalu rindu. hehe. rasa macam nak kawin lah *mood gatal* haha

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

akak PUN pjj...dh lima tahun pjj ni..

husband akak navy la nazirah lupa nk gtau hr tu nazirah tanya hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™