Selasa 19 Feb malam abang bertolak ke terengganu, rabu, khamis, jumaat, sabtu 23 Feb hari terakhir aku dapat contact dengan abang, 23,24,25,26,27,28,1,2 tanpa suara abang... Rindu, air mata dah bergenang saat aku menaip entry ini, dan mengalir.. Adakala aku tak mampu untuk menahan rasa rindu saat aku terkenangkan kenangan bersama, usikan nakal, kemanjaan suara dia, rajuk marah, semuanya.. ya semuanya, ttiba aku rasa hidup ni sunyi ja, mungkin aku tak sihat kot, kalau kat rumah kurang la sikit, ni kat u, xda tempat aku nak manja, kalau abang ada lain, aku boleh kol n ngadu kat dia yg aku tak sihat, andai saja abang tau betapa aku rindukan dia.. nak ja aku jerit.. aku tak tau nak cerita n luah kat sapa yg aku sangat3 rindukan abang, hargai lah kalau dpt stay dgn suami, sbb bila jauh, tak mmpu nk ungkap dgn kata2 bagaimana rasa rindu tu, hrp contact kt chat fb ja, tu pun mlm ja, kol mesej salu mmg tak la, yaALLAH, sekali lagi aku teringatkan MAWAR (kak nur) bagaimana dia menempuh semua ni? Ahmad pergi selamanya. Ya Allah Kau kuatkanlah hati aku bagaimana Kau kuatkan hati hambaMu yang itu. Selamatkan abang dimanapun abang berada..
3 comments:
memang bukan mudah dan kakak faham perasaan tu...tapi hati kena cekal dan tabah... be strong ek dik...dan istighfar banyak2...
rindu-rinduan suami isteri lagi menguatkan kasih sayang antaranya :)
bila berjauhan kena perlu kesabaran yg tinggi nazirah...akak ni dh 5y berjauhan dgn husband tau..Alhamdulillah skang dh dpt sesuai keadaan tu :-)
Post a Comment