23 October 2012

Anak ibu...;-)

Anak ibu.. Setiap bulan ibu menantikan kehadiran kamu dalam rahim ibu, namun setiap bulan juga penantian itu berakhir, ibu redha,  Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kamu ibu dan ayah. Ibu masih belajar,  ayah pula sering jauh mencari rezeki, mungkin sebab itu Allah belum benarkan kamu lahir ke dunia ini lagi, itu yang ibu fikirkan. Kerana Allah ingin ibu mendidik kamu sendiri,  Allah inginkan ayah melihat kamu membesar,  Allah inginkan ayah dan ibu sentiasa di sisi kamu, ibu redha dengan segala ketentuan Allah, kerana ibu yakin akan segala hikmah disebalik apa yang Dia rencanakan untuk ibu dan ayah. 

Anak ibu.. Ramai yang sering bertanyakan kehadiran kamu, sambil tersenyum ibu berkata; belum ada rezeki. Itulah ayat rasmi dari mulut ibu setiap kali orang bertanyakan tentang kehadiran kamu. Ibu bersyukur, ayah kamu tak pernah berungut atau menyalahkan ibu, dia juga seperti ibu, redha dengan segala ketentuan, atuk dan nenek kamu juga begitu, kamu sangat bertuah kerana bakal memiliki 2 orang atuk dan 2 orang nenek yang akan menyayangi kamu kelak.

Anak ibu.. moga rahim ibu tiada masalah untuk kamu membesar di  dalamnya. Ibu dah tak minum air bergas, kerana ibu takut kamu ada di dalam rahim ibu tanpa ibu sedar dan kamu akan kesakitan. Ibu inginkan anak ibu sihat. Walaupun ibu masih belajar, harapan itu sentiasa ada di hati ibu. Ibu sentiasa menantikan kehadiran kamu, dan sentiasa redha dengan ketentuan Dia. Ibu yakin Allah sudah mengaturkan yang terbaik buat ibu dan ayah. Ibu akan terus bersabar menantikan kehadiran kamu, moga kehadiran kamu suatu hari nanti bakal memberikan nur kepada keluarga kita; kamu ibu dan ayah..;-)

Saat ayah dan ibu selesai diijabkabulkan.. usia perkahwinan sekarang 1 tahun 8 bulan..

5 comments:

Syamimi Saad said...

dah mried rupanya dia.. :)

InsyaAllah, Allah akan beri juga permata hati yang diharapkan 1 hri nti..sabar ya.. :)

Unknown said...

nt adalah tue kak . . byk kn berdoa ek kak :)

IntaNBerliaN said...

Tak lama lagi akan keluarlah seorang anak yang soleh or solehah dari rahim ibu :-)

take care nazirah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™