17 February 2014

Kelas hari kedua..

Bukan niat nak cerita bab kelas hari2. Just nak cerita tentang keadaan kelas. Hari ni merupakan hari yang sangat mencabar buat aku, bukan mencabar apa, kelas tu, masya-Allah jauh sesangat, penat juga la aku jalan, Diana pun cakap benda yang sama, kelas ni jauh sangat, DKG 6/20, hujung sekali.

Sambil jalan menuju ke kelas sambil aku berfikir, macam mana aku nak jalan sejauh ni untuk 2-3 bulan akan datang, ya Allah. Kuatkanlah aku. Bas akan turunkan kami di hadapan bas stop Colgis, kelas paling dekat adalah DKG 5, tapi untuk semester ni, semua kelas aku di BT A, iaitu lot bangunan di belakang bangunan Colgis.

BT A mempunyai lot parking kereta, macam tu juga DKG 6, kalau gi dengan motor atau kereta just parking belakang kelas tu ja, dekat sesangat. Kalau la aku pandai design peta nak ja aku lukis betapa jauhnya kelas dari tempat bas stop.

Aku kelas kat sana tiap hari Isnin dan Khamis, bukan kata Ahad dan Rabu kelas aku dekat, kelas area BT  A juga tapi tak sejauh DKG 6/20.

Aku dah jumpa penyelia tesis aku tadi, kebetulan dia lecturer kelas Inter Government, kelas yang DKG 6/20 tu, dah deal time dengan dia hari Rabu ni selepas pukul 2, dia just nak tengok tajuk dan maklumat apa yang kita ada, nak kena prepair dah start hari ni. Moga aku kuat untuk hadapi hari2 seterusnya di sini, amin.

Kedua2 kelas hari ni best....;-)


*hari ni xda pic formal macam entry sebelum ni, kita tangkap pic formal by week k..;-)

2 comments:

QasehnyaRania said...

aamiin semoga dipermudahkan.
makan kurma utk tenaga dik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™