23 February 2014

Baby boy o baby girl??

sumber
Salam, al kisah nak story la sikit tentang jantina baby, actually memang dah semangat dah nak g scan 3d hari tu, tapi bila fikir2 balik memang terlalu awal sangat. Jadi niat tu di postpone kan ke minggu lain, next2 week nanti la kan, skang pun baru 24week..

Ok, sepanjang aku pregnant ni, ramai juga la berteka teki jantina apa, tambah2 bila dah nampak perut ni kan, bukan diorang ja, aku pun excited juga nak tahu, hihi. Aku nak story la beberapa kisah mengenai orang yang berteka teki ni..

Sebelum aku tau aku pregnant, jiran aku ni ada gtau MIL aku, yang aku boleh pregnant, kalau aku pregnant nanti aku akan dapat anak pompuan, tak tau la dia tengok camna kan, MIL  aku la cita kat aku, hihi. Dalam beberapa minggu pas tu aku tau aku pregnant. Kebetulan jerr. 

Then masa aku dalam 19week camtu, aku ada gi pasar pagi dengan MIL aku, time ni la aku beli barut tu. Aku ada singgah satu kedai pak cik india ni, india muslim asanya sebab pakai kopiah, aku nak beli baju, masa nak bayar tu dia ada tegur baby aku baby boy..;) aku senyum ja la..

Beberapa hari pastu tu kalau tak salah aku, kak pupu abang datang rumah,  dia tengok cara aku jalan, then dia gtau aku baby boy..;-)

Beberapa hari sebelum aku masuk U, aku gi pasar pagi dengan MIL aku, tapi yang ni dekat sikit dengan area rumah, aku shopping baju kain n beg ja, untuk balik U, masa aku beli beg tu, penjual tu pelat macam orang Patani siam, tak pasti la, tapi dia tegur, adik ni baby boy ni, aku senyum ja la.

Masa kat U ni aku ada send pic header aku tu kat bestfren aku, sekali dia kata, nampak macam baby boy ja, hihi.

Pak Mertua aku plak kata cucu dia pompuan, hahaha,

Balik kampung baru2 ni, aku g klinik desa untuk check up, sampai ja umah, ada jiran datang rumah, mak ayah mertua ada sekali la, dia plak kata nampak macam pompuan.. aku gtau la, ayah pun kata pompuan, sambil gelak2..

Sebenarnya aku tak take serius pun apa orang kata, lelaki ka perempuan ka, aku tak kisah, asalkan baby sihat, kuar dengan selamat..;-)

Semua orang masih berteka teki sebab masih tak tau lagi jantina apa, maklumlah, lama tunggu kan, sebelah aku tak pa ni cucu yang ke3 dah, sebelah abang cucu sulung ni, excited lebih sikit, hihi, alhamdulillah, untung baby ramai sayang..;-)

7 comments:

Farah Waheda Wahid said...

baby boy or baby girl yang penting baby sihat, selamat dan sempurna... ^_^

Cik Jelita said...

Hihihi...kite dah nak masuk 30w belum scan jugak. early pregnant, ada kata baby girl, ada yg cakap baby boy...since perut menampakkan diri ni.most orang cakap boy.husband senyum ke langit la suka baby boy.kite tak kisah, janji baby lahir dgn selamat dan sihat2 je...

IntaNBerliaN said...

a'aa anak sulung biasa org xkisah sgt pun pasal jantina.. janji sihat selamat cukup sifat :-)

Farrah MF said...

Jalan2 inti Nazirah. Tak kisahlah boy ke girl, yg penting baby dan ibu kekal sihat ye. Take care.

alia azmi said...

waah, tahniah ye pregnant. nanti kongsikan jantina baby bila dah tau :)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. hehe takpe. yang penting baby sihat kan???

QasehnyaRania said...

betul tu.. janji sihat dan sempurna fizikal..
sama sama kita doakan..
ciksu pon x ssbaq nak tahu jugak ni.hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™