19 February 2014

Petua hilangkan kaki bengkak semasa hamil

Kelmarin masa nak g kelas aku perasan kasut yang ada supporter belakang tu macam muat2 ja dengan kaki, sebelum ni longgar sikit, aku buat bodo jerr, gi kelas cam biasa, kelas plak 3 jam, lenguh pinggang ya ampun, tapi pecah rekod sebab tak mengantuk, 1st kelas lecturer dah masuk bab 1, semangat!

Balik kelas tu kan dah janji dengan roommate nak outing, sampai jer bilik buang kasut baru perasan kaki dah berbekas, dalam ja bekas dia, macam ketat sangat jerr kasut aku pakai tu, hadoii, usha kaki, mak ai…dah macam kaki gajah!! Serius memang nampak lain gila, sebab kaki aku kan jenis pipis, tetiba nampak macam belon mengembang, memang macam kaki gajah la, haha

Bengkak paling ketara kat buku lali, then kat kura kaki, kembung semacam ja aku tengok, dah x macam kaki aku. Awal sangat tak kaki aku membengkak? Aku tanya adik aku dia gtau sebab aku jalan banyak, tu yang kaki aku bengkak. Dia ada bagi satu petua.


TIDUR MALAM2 TINGGIKAN KAKI, oooo, tapi aku tak cuba lagi sebab aku baru baca whatsup dia pagi tadi, malam ni la nak try, semalam aku berurut la kaki tu konon nak bagi hilang bengkak, tidor pun aku paksa tdo ngiring, sebab orang kata tidor terlentang pun salah satu punca kaki bengkak juga..huhu

5 comments:

Mardiah Diana said...

Assalamualaikum dan salam singgah malam dik...semoga adik jaga kesihatan dan kandungan yer..

mawar berduri said...

huhu biasalah tu...kita masa 6month bngkak pas tu hilang skrg dah 8bln lebih baru bengkak g semula..tapi lagi bengkak dri sebelum nie..

QasehnyaRania said...

alahai. xpa. betul la tu.letak bantal hujung kaki. seeloknya tidor mengiring ke kiri kan utk ibu hamil. baik utk perkembangan jantung dan pernafasan bby

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

pernah dengar petua itu.. semoga cepat baik kaki tu..

sHaRiNa eLyaNa said...

tahniah akak dah hamil, semoga jd ibu yg solehah..jaga baik2 ksihatan diri n baby :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™