18 April 2013

SEGMEN: KENANGAN TERINDAH BY USU

klik SINI untuk join.....;-)
Syarat-syarat yang dicopi terus dari blok kak Usu
  • Warganegara Malaysia
  • Semestinya Follow blog Usu..yang dah Follow, abaikan syarat yang ini
  • Buat satu entry bertajuk SEGMEN : KENANGAN TERINDAH...by Usu
  • Jangan lupa...tempek doodle burok Usu kat atas tu dalam entry korang..
  • Dan.....dalam entry korang tu...korang kena letak SATU PHOTO..dan ceritakan serba sedikit kenangan terindah korang disebalik photo itu...takde idea nak buat cerita..???heheh..takpe..korang buat puisi, sajak, pantun or apa2 sahaja yang mudah bagi korang k..
  • Backlink kan entry korang dalam kotak komen entry ini sahaja..

INI ADALAH KENANGAN INDAH AKU....;-)

Pastinya saat paling indah dalam hidup aku adalah tahun 2005, saat cinta berputik, saat cinta bersemi, ya Allah indahnya! Dan dia tahu itulah kenangan paling manis dalam hidupku…

Kami hanya sekadar kawan, atas dasar hormat kerana usia abang lebih tua dari aku, kami jadi adik dan abang, aku menghormati dia, kerana aku tahu dia sudah berpunya, kami sekadar kawan, aku dengan hidupku dan dengan hidup dia..

Takdir Allah siap terduga 17 Mac 2005 dia ajak aku keluar, kenapa, rupanya hari itu merupakan hari paling sedih buat dia, kekasih hati yang dia cintai mohon untuk mengundurkan diri, tanpa sebab dan alasan, 10 tahun menyemai kasih akhirnya si dia beralih arah, aku nampak kekecewaan di mata dia, kesedihan dan betapa dia rasa kehilangan…

Dari hari itu kami menjadi semakin rapat, aku tempat dia meluah segala rasa, bercerita kenangan manis bersama si dia, kisah percintaan mereka, dan aku hanya menjadi pendengar yang setia…

Hari berganti hari bulan berganti bulan, mesej dia, cara dia, memberi aku satu harapan, namun aku tidak terlalu mengharap, kerana aku sedar siapa aku, hubungan kami kini menjadi satu teka teki, dia berjaya meneka yang aku sudah jatuh cinta, dia juga, kiasannya cuma belum tiba masa untuk dia mengungkapkan segala-galanya, ya Allah terima kasih atas rasa itu…

Aku, aku hanya seperti biasa, aku seorang perempuan, dan tak mungkin aku yang memulakan, dia seperti biasa, dari adik kekadang bertukar sayang, menambahkan lagi bunga di hati ini, aku tetap berlagak seperti biasa…

17 Jun 2005, tarikh keramat dalam diari hidupku, yang tak mungkin aku lupa, akhirnya dia akur, dia sudah jatuh cinta, dan dia harus memulakannya, ;-)

Kami saling jatuh cinta, atas keperibadian masing2… itu la satu anugerah yg paling indah dalam hidupku, perasaan itu, rasa itu sukar untuk aku ungkapkan dengan kata2…

Itulah kenangan terindah dalam hidupku, iaitu saat aku jatuh cinta, alhamdulillah cinta itu hingga ke jinjang pelamin…dan doakan cinta ini hingga ke syurga..amin..;-)

Nukilan untuk si dia,

Abang terima kasih kerana mencintai dan menyayangi diri ini seadanya, sungguh aku bahagia, memiliki cintamu, dan aku bersyukur kini aku menjadi milikmu, moga jodoh ini kekal hingga ke syurga, kerana aku masih mencintaimu seperti dulu, malah lebih dari itu,  hidup ini lebih indah dengan adanya kamu..;-) thanx 4 everything my love, Mohd Ezri Ramli…

Lagu ini untuk kamu April 2005

Entah Mengapa
Ku Rasa Tak Menentu
Semenjak aku
Mengenali Dirimu Sayang

Terbayang-bayang
Wajahmu Di Mataku
Hingga Tersentuh Rasa Indah Di Kalbu


Apakah Ertinya
Aku tak tahu mengapa aku rindu
Inginku curah tetapi rasa malu


Cubalah engkau mengerti isi hatiku
Di dalam diam aku menyintaimu

Ku harap kau faham perasaanku
Yang kini dilamun rindu padamu


Sungguhnya aku telah jatuh cinta
Oh, indahnya bila bersamamu

Moga kau dapat terima
Cintaku dengan ikhlasnya
Janganlah engkau sia-siakan
Harapan dan impianku..

Setiap detik bersama kamu adalah kenangan terindah dalam hidupku...---<--{@


pengumuman penting....
  • Segmen akan tamat pada 25 APRIL 2013 / 11.59 p.m
  • Segmen ini akan terbatal sekiranya peserta kurang daripada 20 orang
  • Hadiah akan ditambah sekiranya mendapat sambutan yang menggalakkan
  • Pemenang akan ditentukan oleh BFF Usu(sebab mereka adalah sponser utama dalam segmen) dan melalui Random.org
JOM PAKAT2 JOIN..;-)

3 comments:

Dianaa said...

awwwww, so sweet lah cerita akak. moga akak menang ea. good luck! :D

Puteri Mama said...

salam..tq dear..join segmen akak...wahhhh...so sweet..hehehe..semoga bahagia selalu adik :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™