13 August 2015

IMPIAN AKU..

sumber







Percayalah, setiap perempuan yang bergelar isteri impikan dapur sendiri, rumah sendiri, begitu juga aku. Bukan tak bahagia hidup menumpang, tapi naluri seorang perempuan tu, aku yakin siapa yg bergelar isteri pasti akan mengerti!

Dulu pernah kami tinggal berasingan, kat Port Dickson, Taman Nesa, Shell Gate. Best sesangat!! Jujur itulah kenangan paling indah buat aku, memang itu pun yg aku impikan sebelum kawin, ada rumah sendiri! Dan impian aku terlaksana 3 bulan ja, belum pun aku terror masak, belum pun aku puas merasa nikmat hidup sendiri, kami terpaksa pindah sebab abang dapat panggilan kerja di laut.

2 bulan aku di rumah, aku sambung study di UUM sebagai full time student dan tinggal di asrama, so takdak la terasa sangat bila abang tak dak, 3 tahun aku hidup sebagai seorang isteri dan pelajar. Best!! Hihi

Now semuanya dah selesai, kehidupan aku back to normal, ya Allah kerinduan kembali untuk ada kehidupan sendiri. Jelesnya dekat adik aku yang kat Sarawak, ada rumah sendiri, kekadang tu aku suruh adik aku snap pic ruang rumah dia, teringin nak ada macam dia, biarpun hanya rumah sewa dan tak semewah mana at least suma tu dia yang punya tanpa perlu berkongsi dengan sesapa.

Moga Allah permudahkan segalanya untuk kami tinggal berasingan, amin.

Hati perempuan….

5 comments:

Ibu Lala said...

Akk pun nak renovate dapur dan rumah. Tp ntah la bila sbb duit x cukup lagi. Banyak nak pKI modal tu

adianiez AIDA said...

moga apa yg nak tu, diperkenan kan Allah :)

Nora Karim said...

memang betul, impian setiap perempuan... hidup bekeluarga di rumah sendiri, walaupun ia hanya rumah sewa...

misz sheyla said...

faham sgt perasaan tu... semoga dipermudahkan Allah ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™