22 April 2015

Alahai Ainul Alahai spek mataku

Alahai Ainul. Bonda baru ja buat spek baru (kaca baru bingkai yg lama), rasa macam nak menangis bila dapati spek dah 'cacat' biarpun hanya sedikit cacatnya.

Mungkin Ainul jarang nampak bonda pakai spek, sebab tu tiap kali bonda pakai time tengok tv atau bila2 Ainul nak ja tarik spek bonda, kekadang Ainul sanggup merabat atas badan bonda semata-mata nak ambik spek.

Dan kali ni, masa bonda dukung Ainul, dengan pantas Ainul cabut spek bonda dan buang, 'kelepuk' jatuh atas lantai, betapa berdebarnya hati bonda takut retak lagi, dan.....................ada retakan kecil!! huwaaaaa... Tergamam bonda, terus bonda ambil spek tu dan letak atas almari, dan bonda buat2 nangis sambil kata kat Ainul " Ainul buat apa kat spek bonda " Sepantas itu juga maklang Ainul tanya bonda, " awat kak, retak ka? " Dengan pantas bonda menidakkan "saja ngusik Ainul" Sedangkan itulah hakikatnya. Ayah Ainul tak tahu perkara ni, bonda takdak kekuatan nak bagitahu, huhu

Tapi kelmarin masa bonda keluar dengan ayah, ayah tak tegur pun pasal spek bonda, means ayah tak perasaan, atau ayah perasaan tapi buat2 tak perasaan, takpa yang penting ayah tak tegur apa2. Lepas ni bonda kena lebih hati2, kalau tak memang bonda akan buat spek baru lagi!!!!

5 comments:

Inani Hazwani said...

alahaiii. dulu duduk asrma sokmo kawan terpijak spek. haha

QasehnyaRania said...

xpa la ..nak buat mcm mna kan.
nasb ciksu x pakai spek.kalau pakai komfem kena tarik juga
rania lebih suka tarik rambut .hadoi..

Mar Mansor said...

tulah kan budak kecik memang geram je bila tengok spek mata ni..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. hehehe sabar jelah. anak tengah banyak akal. semua benda nak dicapai, dipegang buat mainan dia

Fuza Musa said...

Akak pun puas spek patah masa anak2 kecik dulu...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™