16 April 2015

3 BERITA SEDIH...

3 berita sedih yang aku terima hari ni..

1. Tentang si cantik manis Alisha, anak kakak blogger kesayangan ku KAK INA (IntaNBerlian), Kak Ina gtau Alisha kena tahan kat hospital di zone kuning sebab alami sesak nafas entry INI, terkejut aku, sebab selama ni Alisha sihat jer cuma ada masalah Ekzema dia ja. Pastu aku baca pulak penerangan Kak Ina mengenai Ekzema dan Asma dalam entry INI. Baru aku paham rupanya Ekzema dan Asma merupakan kawan baik!! Harap Alisha cepat sembuh!!

2. Tentang kakak blogger kesayangan aku juga CIKSU (Qasehnya Rania). Suami Ciksu yang demam  rupanya demam denggi, sedihnya, ingatkan demam biasa ja. Tengok Ciksu post suami Ciksu dah kena tahan wad, siap masukkan air 2 botol lagi, then dalam entry INI, Ciksu gtau suami Ciksu kena tahan sebab denggi, kita sama2 doakan moga xda apa yg serius. Sesapa agent SHAKLEE yg ada simpan stok Nutriferon, try rojer Ciksu kot2 Ciksu berminat, memang sangat bagus untuk demam denggi. Kat HQ dah lama xdak stok. Hope Ciksu kuat hadapi ujian Allah ini.

3. Dapat mesej dari mak tadi, gtau mak sedara aku MAK TAM (adik kandung mak) tengah nazak sekarang. Mak aku pi tengok kelmarin, semalam buat baca yasin utk kurangkan penderitaan dia. Ya Allah, memang terkejut la, aku terus kol mak aku, mak aku cakap sambil nangis2, aku tanya camna keadaan Mak Tam, mak aku gtau kepala dah botak akibat KIMO, Mak Tam aku KANSER RAHIM, dah bedah buang dan jalani KIMO dah, tapi macam tak sembuh pun, tak tau apa masalah sebenar dia. Moga Allah kurangkan penderitaan Mak Tam aku. Amin.

1 comment:

Kathy R'bain said...

Moga semua di permudahkan.. Jangan sedih² zira.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™