15 July 2015

#Cabaran20Hari : 14. MEMORI RAYA 90-AN ATAU ZAMAN KANAK2

Memori raya zaman kanak paling best sekali, JUJUR!!

Setiap tahun dari kecik2 lagi, baju raya memang ayah yang akan beli, ayah akan ke kedai beli 3 pasang kain, 2 pasang tu wajib corak sama, tapi warna berbeza, 1 lagi mak punya baju, then pi upah..

Pagi raya bangun siap comey2 kami 2 beradik, cepat2 pi meraya rumah tok guru kat hujung kampung, sebelum solat raya, pastu settle meraya dengan tok guru, atur la setiap buah rumah dari hujung kampung sampai la ke rumah, jauh juga la berjalan kaki tu, tapi best sebab ramai2.

Sampai ja rumah, rest kejap, kira2 duit raya, then sambung balik ke kampung selepas rumah pulak, ikut takat mana larat kaki melangkah, JALAN KAKI JER U ALL..

Bila dah settle tu, balik tu tunggu apa lagi, kira duit raya la, gemuk beg raya dengan duit syiling, dulu2 20sen, 50sen jer duit raya, hihi

Balik tu la baru nak bersalam raya dengan mak ayah sambil mintak duit raya, yerla, pagi tadi mana sempat, mak kalut kat dapur, ayah kalut pi beli ais ketul then hantar kami ke rumah tok guru.

Ini la kenangan terindah aku masa zaman kanak2, tak mungkin lagi dapat berulang kembali, hanya tinggal dalam ingatan ja.

Ku coret dalam blog ni supaya nanti anak2 tahu bagaimana perjalanan hari raya zaman kanak2 aku...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™