30 November 2012

aku yang kurus.......dulu la...hihi


Sekodeng fb tetiba terjumpa gambar lama, wah..terujanya tgk..KURUSnya aku, masa ni aku kat port dickson, kat pantai apa nama tah, dengan member aku, masa ni abang g kursus, kami balik kampung sebelum abang g kursus ambik member aku, so, bila abang g kami tinggal berdua la, boleh ja aku nak stay kat kg, tapi ntah time ni nak berkepit ja dengan abang, sanggup ajak member g sana teman aku.hihi. seriusly aku jeles tgk pic time ni, KURUS hokey... skang??? dah naik 5kg dari berat badan ni, ;-(, baju ni pun dah ketat!! oh tidakkkkk!! huhu

Gambar ni dalam bulan 4 2011, baru setahun lebih ja. memang nak kna diet la, tapi skang aku dah kawal dah makan, berat naik ni bukan sebab apa, sebab makan malam. stop makan malam terus turun. huhu.

Secara peribadi aku memang tak suka gemuk, dan aku suka tgk orang kurus. biarla orang kata takda isi ka, tapi bagi aku orang kurus ni cantik.hihi..tapi takdala sekeping apa pun takdak, atas leper bawah pun leper memang out la,sakit mata plak tgk yang macam tu. 

Lelaki pun sama, aku suka lelaki yang kurus, alhamdulillah di takdirkan abang tinggi dan kurus. tapi kalau ditakdirkan abang naik badan pun aku tetap terima dia seadanya.aku sayang dia bukan sebab dia kurus.

* nak balik berat badan yang dulu.........................

29 November 2012

in love..




2005 adalah memory PALING indah seumur hidup aku kat atas muka bumi ni..

28 November 2012

"2nd anniversary GIVEAWAY by SHxoxo"

GA lagi!!!

HADIAH2 MENARIK....
1) Oversized Crumple Shawl
2) Aquamarine Shawl
3) Mustard Pastel Shawl
4) Blue Pastel Shawl
5) Statement Collar Necklace
6) Sheseido Masker


~blog yang simple n nice~



giveaway close on 30 NOVEMBER 2012! SO HURRY UP!! and join this giveaway ^_^



Gud luck sume..........;)

Peplum Giveaway by Nadnod Azizan

Time untuk join GA...hihihi.
GA terkini yang bakal tamat tempoh esok. Jom join...;-)

KLIK SINI UNTUK JOIN

Gud luck sume...;-)

27 November 2012

AKU DAN SPEK BARU

Dah lama sebenarnya aku g ambik spek ni. tapi tak update2, hihi, dalam entry INI kan aku cakap nak update bila dah dapat spek baru, tapi tak update juga, ni baru ada kesempatan. Spek ni akan gelap bila kena cahaya matahari, kira ada protection la, aku pun dah lupa nama dia apa..;-)

Ni haa pic aku, 2 keping ja, LAYAN.....................

1st GAMBAR ambik dalam bilik...;-)


di KARTUNKAN... hihihihi

Kalau ikutkan hati aku taknak pakai spek, benar2 mengganggu sebab aku tak biasa, tapi waktu belajar aku terpaksa juga pakai sebab tak nampak slide kat depan..huhuhuhuhuhuhu, tetiba asa macam OKU plak mata tak nampak..;-(

25 November 2012

BILA RINDU....


Aku nampak hepi ja selalu, macam takdak apa..bila aku rindukan abang? Jawapannya setiap saat. Aku menangis di saat aku sendirian untuk mencari kekuatan buat diriku sendiri. Bohonglah kalau aku tak rindu, kalau aku tak sedih bila berjauhan gini. Bila aku rindu aku nangis sepuasnya, sedia satu pocket tisu, nangis sampai hilang sikit rasa rindu tu, then ok la. Klu time tdo, nangis sampai tertido, orang cakap tido bertemankan air mata. Saat ni, ketika ni, rindunya rasa hati ini, tak tau nak luah kat sapa, tak tau nak cerita kat sapa. Biarlah blog tempat aku berbicara, tempat aku meluah rasa.

LAGU ITU INGATAN AKU UNTUK ABANG

Ni la lagu yang buat aku teringat kat abang, tiap kali dengar lagu ni, terbuai2 kenangan dengan abang, asa hepi, bahagia, senyuman abang, usikan abang, kata2 romantik dari abang, pelukan abang, dan segalanya, ya!  aku teramat merindui abang, aku sabar, menanti dan terus menanti kepulangan abang. Aku pasti setiap orang mesti ada lagu yang akan mengingatkan kita pada seseorang, peristiwa atau kenangan2 tertentu kan.. ini lagu aku, untuk insan yang aku cintai hingga akhir hayat ini; MOHD EZRI RAMLI..

Keindahan pelangi adalah
Keindahan wajahmu sayang
Yang sering bermain di mata
Hatiku ini

Keharuman bunga kasihku
Hanyalah untukmu sayang
Bagaikan pantai dan lautan
Takkan terpisah

Kasih sayangku ini
Hanyalah untukmu
Kutelah berjanji
Kaulah yang satu
Dalam hatiku ini
Untuk selamanya
Oh sayang
Oh.. Oh..
Untukmu sayang



Bergaya test coverall keja at home sweet home.
photo by bb, edit by bb..hikhik

23 November 2012

Aku agent topup

Kat sini aku nak gtau, aku niaga topup tau, kecil-kecilan ja, just agent ja. Bukan dealer atau master, saja pilih yang paling simple sebab aku rasa banyak lagi benda yang aku nak buat ( isteri+student full time+agent topup) banyak la sangat kan,hehehehe


Pengalaman manis masa jadi agent topup,

Best! Walaupun aku kena jalan kaki 20 minit pergi dan 20 minit balik untuk gi mall dan bank in modal, aku tak kisah. Walaupun untung dia hanyalah beberapa sen ja tiap kali topup,aku tetap tak kisah. Sebab aku mata duitan! Hahahahahaha, just kidding! Sebab aku sukakan number, aku sukakan kira-kira. Kira modal, duit topup, pusing modal, untung, rugi, bak kata memey; suka,suka,suka…hihi.

Dialog aku dan abang;

AKU:  Nanti kalau abang nak buka perniagaan bb nak jadi akauntan, tukang kira duit.
ABANG: Bb jangan jadi mata duitan tau.
AKU:  Bb nak jadi akauntan family, boleh??
ABANG: Bolehh..;-)
Hihihihi (^_^)

Pengalaman pahit aku masa jadi agent topup,

Hukhuk, setakat ni ada 2 kenangan pahit aku.

Pertama: bila aku masukkan topup tapi tak masuk kat pelanggan, sedangkan duit dalam kredit aku dipotong, nasibla rm5 ja n sekali ja. Aku pun tak tau np jadi camtu. Sedih juga la, mungkin number tu keliru kot, jenis terbaru ni, speakout DG kot kalau tak salah aku..huhuhu

Kedua: bila orang topup tapi tak bayar, maksud aku topup dulu bayar kemudian, kira mesej suruh topup la. Aku tak kisah pun, kawan2. Tapi ada yang jenis tak faham, n ada yang jenis faham. Yang jenis faham ni, dia mesej suruh topup dan bila aku gtau aku kat bilik terus datang bayar, paling lama pun 1-2 hari ja, mungkin aku balik kg, atau orang tu sibuk. Yang jenis tak faham pula, mesej suruh topup, mesej lagi lagi lagi dan lagi tapi tak bayar2, memang la jauh, ikhtiar la sebab kita hutang orang, orang tu tolong topupkan dulu pun dah besar rahmat, kalau g kedai boleh ka nak himpun2 bayar seminggu sekali. Ni sampai 2 minggu. Bukan nak berkira dengan kawan, tapi ada sebab, pertama aku nak pusing modal, kedua klu rm10-20 ok la. Ni sampai rm80-90, adoiiii.. Memang kenangan pahit.

Disebabkan kes kedua tu abang dah bising2 kat aku, yerla baik hati sangat bagi orang hutang banyak2, huhuhu. So, aku ambik keputusan untuk tidak lagi topup kat orang2 macam ni. Dan akan lebih berhati-hati menilai pelanggan, walaupun orang yang kita kenal.

Apa pun aku nak ucapkan terima kasih pada abang yang menyokong aku dari belakang, walaupun untung tak seberapa. (minat punya pasal). Terima kasih juga pada mak dan adik2 kat kampung kerana jadi orang tengah. Maju bisnes topup aku sebab orang kampung datang topup kat umah,hihihi

 NI IKLAN TOPUP KAT DEPAN PINTU BILIK AKU, DESIGN SENDIRI TAU...hihi


hihihi


20 November 2012

1st time drive sorang2

Dah puas nangis semalam, mesej dengan abang sampai terlelap, kul4 pg kot baru tido, pagi ini dengan semangatnya aku outing sorang bawa kereta, 1st time aku drive sorang2! setelah lesen aku berusia hampir 6 bulan lamanya.

Perjalanan,
Start dari BSN, keluar masuk jalan kat TM, keluar kat pintu pagar depan, KERETA MATI!! M.A.L.U..hahaha.. Then g isi minyak kat Caltex balik uum, g COLGIS hantar esaiment, then balik g mall. settle post barang kat adik masih awal,ada lagi 30 minit, g ronda UUM, 

Pengalamam,
Besar2 tak besar UUM ni setengah jam tak terasa pun, kejap ja. Best...tapiiiiiiiiiiiiiiiiii, kat pusat KO K, KERETA MATI LAGI!!!1 aku M.A.L.U untuk kali kedua, but ist ok, aku buat muka kering ja, start balik, masuk gear n jalan. besa la 1st time kot, yes! aku memang GELABAH tahap GABAN..hahahahahahaha..
Buktinya aku tak buka aircond masa g isi myk, balik sampai uum baru aku perasan, patutla peluh semacam, punya gelabah panas pun aku tak rasa dah,hahaha. memang la, klu aku ingat balik mesti aku fikir betapa teruknya aku! Tapi ok la, aku sampai DPP dengan selamat. ;-)

Kata abang,
"Besa la tu cyg.nnt try sewa blk umh. bw krp2 sket. baru cpt cnfdnt."

Abang siap suruh sewa balik umah g,wah2...suruh balik training kat kg! bestnya!!! hihihi
tapi tu la, asa sayang duit plak, sehari rm80 sewa, huhu.

Apa pun pengalaman hari sangat menghepikan aku! walaupun dalam hati sedih,huhu. Aku dah boleh bwa kereta sorang2! abang pun galakkan aku drive salu nak bagi cekap, thanx a lot syg! memang mengharapkan sokongan dari abang. sebelum g tu, siap kol mak gtau, excited! 

GAMBAR HIASAN, tapi ni la jenis kereta yang aku bawa tadi, VIVA hitam! 
LESEN AKU, GAMBAR AMBIK MASA NAK BUAT KAD NIKAH, MUKA SERI PENGANTIN,hihihihihi




* abang kat Miri skang, petang ni naik boat, pasni takdak dah la tempat aku nak cita itu ini, harap contact kat fb ja, tu pun kalau ada line, hope ada la...tak sanggup aku menanggung rindu...;-(


19 November 2012

KEMBALI KESORANGAN

Ingatkan kalau dok kat U aku tak sedih, tapi tetap sedih... tadi abang kol, gtau nak naik flight dah, dalam 11.45pm sampai miri.. tetiba aku jadi sebak, pas letak telefon air mata terus ngalir, sedih... abang g sebulan... jap g aku ok la kot.

Kalau aku kat umah lagi dasyat, yerla, tiap malam abang ada tetiba abang takdak, dok teringat abang buka pintu, abang makan, abang panggil aku, peluk aku, memang lagi terasa kalu dok umah, kat U ni kurang la sikit sebab takdak kenangan abang kat sini, tu pun air mata tetap mengalir lepas dengar sora abang.

Abang gtau abang nak g kerja, aku cakap memang camni tiap kali nak pisah dengan abang, payah sangat nak lepas, berat hati sesangat, tera nak biasa, lepas ni ok la. untung kan siapa yang suami dia sentiasa disisi.

Sebenarnya aku ok ja abang jauh, asalkan aku dapat dengar suara abang sebelum tidur n dapat mesej abang ngadu apa yang jadi kat aku, tapi abang g laut, jarang dapat contact, klu nak contact pun abang yg akan contact aku, klu time aku rindu camna? pendam sorang2, pedih sangat rasa...

Aku terus jadi tak ok. siang malam teringat walaupun cuba untuk sibukkan diri. dulu masa abang kat laut aku mesej kat inbox fb abang, tiap2 malam aku mesej, cita serba sikit apa yg jadi, say gud night. walaupun abang balas kekadang ja. sedih kan. sesapa yang dah kawin akan faham bagaimana bila kita terpaksa berjauhan dengan suami dalam jangka masa yang lama.

Aku pasti akan merindui abg!

*bb tunggu abang...
sayang sesangat kat abang! ---<--{@

16 November 2012

SLOW BLOGWALKING......huhu

Aku mungkin akan slow blogwalking pasni sebab nak fokus kat esaimen n final exam, akan aktif sepenuhnya pertengahan Januari tahun depan, insya-Allah..

Update terkini:
  • adik solehah 4 bulan..;-) 17 Nov 2012
  • No internet 11-14 Nov sebab balik kampung , NOW abg dah bayar sume bil tipon n broadband,Alhamdulillah.
  • 18 Nov aku akan g check darah untuk kali kedua
  • Abang bercuti 13 Oktober 2012-18 Nov 2012
  • 18 Nov malam abang akan bertolak ke KL, flight ke Bintulu 19 Nov pagi..  flight abang petang! dari AOR..
  • Aku kesorangan lagi………………………………………………………………

*Lindungi suamiku ya Allah walau di mana pun dia berada...kerna aku teramat mencintai dia..
.my love;E.Z.R.I.. ---<--{@

11 November 2012

GIVEAWAY MORE THAN 20 PRIZES TO BE WON!!

HIHIHIHI....JOIN GA LAGI....SUKAAAA..;-)


NAK JOIN KLIK SINI

Syarat penyertaan:

1.       Siapa yang layak join? warganegara Malaysia je. Bloggers & Non-Bloggers
2.    Syarat wajib untuk join giveaway ini? 
       a) Follow blog ini dengan menekan "join this site". 
           Bloggers: guna your blog account untuk follow. 
           Non-bloggers: guna google, yahoo or twitter account untuk follow.
       b) Share gambar giveaway dan link blog Geekintherainbow di status Facebook korang. 
3.       Macam mane nak pilih pemenang? guna Lucky draw.
4.       Penentuan hadiah? saya tentukan dan ada possibility peserta tak dapat hadiah yang diinginkan sebab ada kemungkinan ramai nak hadiah yang sama. kira nasib la :)
5.       Macam mane nak submit penyertaan? Buat syarat wajib seperti di no. 2 dan inform saya di bahagiancomment giveaway ini atau email ke ifaathirah@yahoo.com
6.       Ape yang perlu diinform dalam comment/email? 
      Untuk Bloggers & Non-Bloggers
      a) 10 pilihan hadiah (mengikut turutan paling nak ke kurang nak..
7.       Kena printscreen apa-apa tak sebagai bukti? Tak perlu printscreen. Bergantung kepada kejujuran korang. Jangan tipu ey. Tipu dosa, mati seksa. ngee.
8.       Tarikh tutup: 2 December 2012


Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi
- Sprink Sugar --> 3 x 1 set accessories (cincin+rantai)
- The Doodle Box Lah --> 1 x keychain, 1 x pendant, 1 x aztec felt pin, 1 x small framed doodle
- 6th Sense --> 1 x long sleeved maxi dress
- Little White Crane --> 1 x sleeveless dress
- Butterscarves --> 1 x long shawl
- Bawal Collection --> 1 x long shawl
- KalerPalette --> 1 x vintage paisley jacket
- The Chic --> 1 x 1 set Eco Tools Bamboo containing 4 brushes
- The Mindmeld --> 3 x 1 handmade bracelet
- Pink. Enuf --> 1 x handbag, 1 x chiffon shirt, 1 x 1 top

GUD LUCK SUME..;-)

Contest I Choose To Wear Hijab

hehehe..kredit to KAK WANIEYS
Tgh berblogwalking buka la blog GA kak wanieys n nampak GA ni...;-)

klik sini untuk join


GAMBAR YANG DIPERTARUHKAN
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

HARI RAYA HAJI 2012



HADIAH N SYARAT-SYARAT


  1. Buat entry bertajuk "Contest I Choose To Wear Hijab" dan letak banner di atas
  2. Letak gambar yang korang pertaruhkan

Hadiah :

1st prize
RM50
Maxi skirt 
Bawal plain 
Review blog

2nd prize
RM30
Maxi skirt 
Review blog

3rd prize
RM20
Bawal plain 
Review blog

 7 saguhati (Random.org)
Bawal plain (sehelai setiap seorang) + Review blog (untuk 3 pemenang)
Topup RM5 + review blog (untuk 4 pemenang)



Tarikh tutup : 7 Disember 2012 (sebulan je) 



GUD LUCK SUME..;-)

10 November 2012

DALAM NAZIRAH NYERR BLOG ...

Dalam blog ni
Dalam blog ni ada macam2 peristiwa yang terjadi dalam hidup aku, kisah aku, kisah abang, kisah kawan, kisah family, banyak la. Apa ja yang aku rasa nak tulis aku akan tulis dalam blog ni, memang nampak macam tak tertusun, takdak sambungan, takdak spesifik perkara yang aku nak utarakan, main bedal ja. Tapi inilah blog aku, medan untuk aku menulis.

Gambar
Aku lebih suka pada entry yang ada gambar, lebih menarik perhatian, dan aku suka baca blog orang yang ada gambar, sekurangnya kita boleh bayang apa yang dia nak cerita. Entry aku kekadang takdak gambar juga, kalau ada pun bukan ori dari aku tapi dari En.Google. hihihi

Pembaca
Abang pernah tanya aku, ada ka orang nak baca, sebenarnya aku tak kisah pun ada tak orang nak baca, benda ni aku nak jadikan kenangan aku, untuk masa depan, masa aku dah tua, masa aku dah takdak. sekurangnya aku ada sesuatu. Lagipun aku hanya bahasakan "aku" dalam penulisan ini. pernah juga aku terbaca satu entry dia memohon maaf kepada sesiapa yang lebih tua kerana membahasakan "aku" dalam blog dia, ada juga yang tukar dari "aku" kepada "saya". Mungkin aku belum bersedia untuk tukar, agak kasar bila baca, tapi ini umpama diari umum, buat masa sekarang aku selesa menggunakan "aku". InsyaAllah moga suatu hari nanti ia akan berubah, di kesempatan ini juga aku nak minta maaf kepada sesapa yang lebih tua dari aku yang sudi singgah blog aku dan baca penulisan aku, mohon sejuta kemaafan, terutama kepada KAK INA. ( rakan blogger yang sudi singgah blog aku yang tidak seberapa ni, pangkat akak ).

Cerita kita
Tak semua orang suka dengar kita bercerita hal peribadi kita, ada juga yang bosan, jadi untuk itu, blog ni la akan jadi tempat untuk bercerita, tulis ja, dan anggap ada orang yang baca, walaupun kita tak tahu siapa yang jadi silent reader kita.

Nak upgrade
InsyaAllah kalau ada masa terluang awal tahun depan nak upgrade blog, dah dekat setahun dah aku berblogging, banyak lagi yang aku tak explore, teringin nak buat chating kat tepi blog tu, teringin nak buat kotak2 entry2 lain kat bawah setiap post, teringin nak design header letak muka sendiri, teringin nak ada corak blog sendiri, macam2 lagi la. InsyaAllah 1 day............

blog aku kini..






9 November 2012

Sabar dengan perangai dot dot dot



Ada sesetengah perkara yang kita perlu banyak bersabar. Berhadapan dengan pelbagai karenah dan kata-kata yang sangat menyakitkan hati. Disebabkan usia kita yang kian meningkat dan tahap kedewasaan ini kita perlu mengalah, mengalah dalam semua hal, tapi ada yang terlupa, kita juga seorang manusia biasa yang punya hati dan perasaan, bukan tunggul kayu yang tak terasa apa2 kalau orang kata sesuatu yang agak menghiris perasaan, dari budak2 la kita harus tegur segala percakapan dia agar bila dia besar dia tahu menjaga adap untuk bercakap dengan orang yang lebih tua dari dia. Kalau di biarkan takut nanti bila dah besar akan jadi “mulut longkang”.BAHAYA!!

Nak ditegur kita hanyalah ibarat daki sahaja, apa yang dilakukan sekarang hanyalah berdiam diri, kurang layanan, dan buat tak tahu, apa saja yang dilakukannya untuk menarik perhatian, just ignore. Itu lebih selamat, kerana setiap kali kita bersuara menegur atau berkata apa2 tentang apa kesalahan yang dia lakukan pasti kata-kata yang sangat menyakitkan hati dihemburkan kepada kita, sedangkan darah daging kita pun tak pernah berkata benda begitu kepada kita, dan kalau ada pun pastinya sudah ditegur atau dimarah. Inikan dia, sungguh sangat terasa hati. Sedang dalam kita buat tak tahu pun dia tetap kacau hidup kita apabila kita melakukan sesuatu, seperti mahu bergaduh dan dalam istilah lain sengaja cari fasal.

Kalau ada yang mengalami peristiwa begini, berdoalah agar Allah berikan setinggi tinggi kesabaran untuk kita menghadapi situasi begini. Tanpa kesabaran, kita mungkin akan hilang pertimbangan dan kawalan emosi. Tak mustahil kita juga akan bersikap kebudakan seperti dia. Silap2 boleh naik tangan bagi orang tak tahan dengan perangai begitu. Seperti yang dikatakan tadi, jalan selamat adalah JANGAN LAYAN!! Just IGNOREkan perangai dia dan tingkahlaku dia. Abaikan APA SAJA yang dia katakan, anggaplah budak2 walaupun pada hakikatnya dari budak2 la kita harus tegur. Takpa, biarlah orang yang lebih berhak melakukan itu.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya, kalau dah jadi buluh, patah akibatnya kalau dipaksa lentur juga.

Moga suatu hari nanti dia akan berubah menjadi yang lebih baik.

Sekian.

6 November 2012

"Happy Birthday Eqbal Zack (Giveaway)"


1st time aku join GA beliau ( http://www.eqbalzack.com  ) , aku terjumpa GA ni melalui blog kak wanieys kebetulan ja. terpanggil untuk join, mana tau ada rezeki. hihihi, GA ni dianjurkan sempena hari lahir beliau yang ke 38 pada 12 nov nanti..;-)

Ni la hadiah2 yang ditawarkan, memang bertuah la siapa yang terpilih sebagai pemenang kan..


PRIZES

 TWO[2] winners 

Him/her will receive a Black Wallet and Red Purse by Alain Delon (Original)


FOUR [4] winners

It’s the original miniature from DKNY and RALPH LAUREN!
Join now, because FOUR [4] of you (him/her) will win a bottle!


TEN [10] winners

TEN [10] PARTICIPANTS will receive Eqbal Zack (EZ) Limited Editon Fridge Magnet



ni syarat-syarat penyertaan:

RULES 
Please read carefully, as I reserve the right to disqualify any incomplete entries. 

1. Be a follower of www.eqbalzack.com
2. Write a simple blog post (Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris) about this giveaway. You can copy and  
    paste your entry from here. The title of your entry will be: "Happy Birthday Eqbal Zack (Giveaway)"
3. Come back here and leave the permalink (URL) in the **comment box.
4. Send me an awesome “Birthday Wish” (Bahasa Melayu or Bahasa Inggeris) via CONTACT FORM.
    It is better to use a CONTACT FORM for this purpose to avoid plagiarism. I will pick the BEST   
    wishes!
5. This giveaway runs from today until 12 November 2012 (11:59PM).
6. Winners will be announced on the 19 November 2012 (10:00 AM).


Gud luck pada semua yang menyertai..;-)

ENTRY DI PAGI BUTA!

tengok time????

haaa, dah pukul brapa? 4.45am sekarang. Aku tak leh tidur, tak tau nape, awalnya dah terlelap, pastu terjaga then terus tak leh tidur, golek sini, golek sana, dah la sorang2 ja ni, huhu. salu kat umah klu terjaga memang cari 'bantal peluk' aku la, ngee~ sempat lagi kol 'bantal peluk' aku yang jauh, untung la panggilan aku d jawab, tapi dalam keadaan mamai, aku pun gtau la yang aku tak boleh tido, ngacum la kononnya,hihi. Letak tipon masih tak boleh tidur, last ambik laptop on n online, update entry baru, habis cita. risau ni, esok banyak aktiviti nak buat, pagi kena g hantar buku kat library, balik tu lepas zohor tunggu bas nak g jitra, dating with my love, opss! (^_^). then malam ada discussion group nak bincang tentang esaimen yang berlambak mengalahkan klcc,hahahahaha.. ok la nak sambung baca jurnal, tadi baca tak habis lagi, 15m/s, agak2 ngantuk dak nak baca, klu ngantuk boleh tido! yey! 

gambar hiasan ehsan mr google.hihi

4 November 2012

HEADER AKU.

Kira nak update blog jer kja aku nyerr..haha, bukan apa, aku rasa pasni entahla sempat o tak nak update, ronda2 blog orang, kelebek2 blog orang n blog sendiri yerla, pasni dah start sibuk dengn esaimen dah, maklumlah bercuti sepenuhnya, haha

Ok, oleh kerana abang ni tak pernah la tgk2 o jenguk2 blok aku ( aku tanya hari tu, tak tau la jujur o tak jawapan abang, aku caya ja ) maka dengan bangganya aku pun tunjuk la blog aku ni kata abg, entry syg2, entry kutuk2, entry luahan hati, skip2 la, tunjuk gtu2 ja, tanya comey o tak,haha

Abang kan pengomen tegar;

abang; kenapa nampak serabut?
aku; tang mana abang?
abang; ni kat atas ni klu kosong macam kat bawah cantik la sikit, takdak background, tak nampak serabut sangat.
aku; b tak pandai nak edit2 gambar macam blog orang lain,huhu

aku pun padam la header blog aku ni...n tempek ayat simple ja, tak bagi nampak serabut.hihihihi

ni dia header lama aku
nanti la bila aku dah pandai nak edit2 photo nanti aku buat comey2 gambar aku n abang yer...;-)

* masih hutang nak upload pic raya, sebenarnya tak banyak pun..pic aku n abang kat EDISI TERHAD...hihihi

3 November 2012

akhirnya!

Akhirnya dapat juga aku g makan sotong goreng tepung.. terima kasih buat suami tersayang coz sudi bawa bb g makan..;-)

Entry sebelom ni sotong-goreng-tepung berlagak kononnya nak tangkap semua pic kan..haha, sekeping pun tak dak, tahu np? sebab malu punya pasal, orang ramai sesangat! tapi ramai2 pun cepat ja diorang serve, memang terbaik la!

Kami g makan otw abang nak hantar aku balik u, baru sangat sampai u ni, pa2 pun on laptop dulu, hihi
Kami g 3 orang, aku abang n kawan baik abang a.k.a bini tua, haha

MENU KAMI:
  • SOTONG GORENG TEPUNG (WAJIB)
  • KAILAN GORENG IKAN MASIN
  • KETAM MASAK APA TAH
  • TOMYAM CAMPUR
  • AIS KRIM GORENG
  • AIR LAICI
Bila tengok menu sampai satu2 teringin sangat nak tangkap gambar, tapi perasaan mau lebih menguasai diri, so akibatnya takdak la pic apa pun, semuanya dalam memori, dalam kotak kenangan,haha

3 orang makan, kenyang sangat2, dok yang sampai u buka laptop dulu, perut tengah full tak boleh nak buat apa (alasan) he~

Esok bermulalah kembali perjuangan aku, aku tinggalkan abang yang bila2 masa nak tinggalkan aku, ( faham dak ayt pening,hihi) maksudnya, aku datang u ni tinggal abang kat kampung, abang plak dah dapat kol untuk prepare barang nak g kja, anytime ja orang panggil, huhuhu

Buat abang, terima kasih sekali lagi coz bawa bb g makan sotong goreng tepung kegemaran bb. akhirnya tercapai juga hajat..hihi. sayang abang ketat2! haksss

2 November 2012

birthday shahrukh khan

Sepanjang abang takdak aku balik tido umah aku, boleh jaga adik solehah aku yg comel tu.hihi.
kelmarin 1 nov, aku balik umah mertua aku, abg dah sampai dah pun. aku nampak keta abg parking, umah takdak sapa, pintu bilik kami terbuka, berdebarnya nak masuk jumpa abg, merajuk, rasa bersalah, suma ada dalam hati, bila masuk, abg senyum, aku senyum n salam cium tgn abg, asa kekok n malu, macam org bercinta...hihi, kesimpulan, aku n abang dah okey! aku tak majuk dah kat abg, rindu kot majuk lama2, hati pun sakit..huhu

di depan kaca tv semalam:

abg: abang, nak gtau something ni..
abg: apa dia
aku: esok birthday shahrukh khan
abg: ______
aku: saja gtau, bb kan minat shahrukh khan
abg: birthday nabi muhammad bila?
aku:(dengan yakin) 12 rabiulawal..
abg: ikut masihi
aku: tak tau
abg: birthday shahrukh khan ingat
aku: abg tau ka bila
abg; abg tak tau tu tanya b..
aku: laaaa...

abg saja tnya soalan gtu, nak perli aku la ingat sangat birtday hero pujaan aku tu...wekkss

nak tengok siapa sebenarnya hero pujaan hatiku...
-
-
-
-
-
-
jeng3

inila dia hero pujaan hatiku dari dulu kini dan selamanya...


* lot of love with u abg...("v")

1 November 2012

aku teringin sangat nak g Cameron Highland.


pak cik google nyer pic.

Aku teringin sangat nak g Cameron Highland. Dari dulu lagi. Entah bila la dapat tunaikan impian aku nak ke sana. Dan aku nak g dengan abang ;-(. Dengan abang ja tau, macam honeymoon kedua, bukan g rombongan reramai, kalau rombongan kat U pun aku boleh pegi,huhu. Bestnya andai suatu hari nanti dapat g sana dengan abang, jalan2 kat ladang strawberi, lihat pemandangan ladang teh, PALING PENTING nak beli POKOK KAKTUS! 7,RM10. Nak beli RM20. hihihihi... Dah gtau abang kalau dapat g Cameron Highland memang wajib nak beli pokok kaktus,hihi..

*Abang................bb nak g Cameron Highland.. Teringin sangat,huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™