10 November 2012

DALAM NAZIRAH NYERR BLOG ...

Dalam blog ni
Dalam blog ni ada macam2 peristiwa yang terjadi dalam hidup aku, kisah aku, kisah abang, kisah kawan, kisah family, banyak la. Apa ja yang aku rasa nak tulis aku akan tulis dalam blog ni, memang nampak macam tak tertusun, takdak sambungan, takdak spesifik perkara yang aku nak utarakan, main bedal ja. Tapi inilah blog aku, medan untuk aku menulis.

Gambar
Aku lebih suka pada entry yang ada gambar, lebih menarik perhatian, dan aku suka baca blog orang yang ada gambar, sekurangnya kita boleh bayang apa yang dia nak cerita. Entry aku kekadang takdak gambar juga, kalau ada pun bukan ori dari aku tapi dari En.Google. hihihi

Pembaca
Abang pernah tanya aku, ada ka orang nak baca, sebenarnya aku tak kisah pun ada tak orang nak baca, benda ni aku nak jadikan kenangan aku, untuk masa depan, masa aku dah tua, masa aku dah takdak. sekurangnya aku ada sesuatu. Lagipun aku hanya bahasakan "aku" dalam penulisan ini. pernah juga aku terbaca satu entry dia memohon maaf kepada sesiapa yang lebih tua kerana membahasakan "aku" dalam blog dia, ada juga yang tukar dari "aku" kepada "saya". Mungkin aku belum bersedia untuk tukar, agak kasar bila baca, tapi ini umpama diari umum, buat masa sekarang aku selesa menggunakan "aku". InsyaAllah moga suatu hari nanti ia akan berubah, di kesempatan ini juga aku nak minta maaf kepada sesapa yang lebih tua dari aku yang sudi singgah blog aku dan baca penulisan aku, mohon sejuta kemaafan, terutama kepada KAK INA. ( rakan blogger yang sudi singgah blog aku yang tidak seberapa ni, pangkat akak ).

Cerita kita
Tak semua orang suka dengar kita bercerita hal peribadi kita, ada juga yang bosan, jadi untuk itu, blog ni la akan jadi tempat untuk bercerita, tulis ja, dan anggap ada orang yang baca, walaupun kita tak tahu siapa yang jadi silent reader kita.

Nak upgrade
InsyaAllah kalau ada masa terluang awal tahun depan nak upgrade blog, dah dekat setahun dah aku berblogging, banyak lagi yang aku tak explore, teringin nak buat chating kat tepi blog tu, teringin nak buat kotak2 entry2 lain kat bawah setiap post, teringin nak design header letak muka sendiri, teringin nak ada corak blog sendiri, macam2 lagi la. InsyaAllah 1 day............

blog aku kini..






4 comments:

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

a'a blog kita ni sbg kenangan kan :-)

NaZiRaH... said...

;-).. yer akak..tambah2 kalau yang ada anak macam akak, kak ina.. apa yang yang kita coret diorang boleh baca masa diorang besar nanti, kita pun bukan nak ingat semua benda bila dah tua2 nanti kan..hihi

IntaNBerliaN said...

bg akak xkisahlah dlm blog nak guna bhs 'aku' pun.. normallah tu.. berblog lah katakan..hihii.. lagipun kalau di luar, dah sah2 kita akan guna ganti diri yg lbh sesuai dgn mereka yg lg tua dr kita kan :-)

NaZiRaH... said...

;-) yer akak, thanx ya coz memahami..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™