29 January 2014

Cirit birit semasa hamil

Ahad hari tu lepas ja balik dari scan, kami tak balik terus lagi, kami g Jitra beli barang, siap kena bayar kompaun gi kat Majlis Daerah Kubang Pasu sebab tak pamerkan kupon parking. Then kami gi Alor Setar, tujuannya sebab aku ngidam nak makan nasi goreng siam kat Ct Plaza. Aku sorang ja makan, abang teman ja, aku siap ambik ayam lebih lagi, sedap sebab dia goreng macam keropok twisties, hihi

Then balik rumah, akibat keletihan yang teramat, aku terlelap, tak makan apa2 la sebab dah makan tengahari tu, tapi masa aku makan tengahari tu, aku memang dah betul2 lapar, licin nasi tu aku makan, siap letak sambal belacan extra, tu pun licin.

Then petang sikit aku ajak abang balik rumah hantar barang kat mak, balik tu, aku makan kuih yang abang singgah beli, semua makan, dengan air teh, abang tinggal aku kat rumah sebab abang nak g mancing, malam sikit mak buat cucur udang, best sangat makan ramai2 dengan adik2.

Selesai suma, lepak2 tengok juara lagu, abang gtau nak datang ambik aku malam sikit sebab dia balik mancing pun dah dekat maghrib, abang mancing sungai area rumah kawan dia. Tengah layan tv tu aku sakit kat ulu hati, aku baring ja, aku tak gtau sesapa pun, then perut start memulas. Aku terus gi toilet.

Dalam toilet tu la, ya Allah, sakit sesangat, asa letih macam nak tidur ja, memulas tapi tak berry pun, sakit yang teramat, dalam hati aku doa suma okey, takut sesangat baby kecik jadi pa2 kan, dalam 2,3 kali menderita baru la selamat melabur, memang cirit birit la, ayah aku ashik panggil dari luar, yerla risau aku lama sangat dalam toilet, mana tahu jatuh  ka apa ka kan, risau sungguh, sampai suruh mak aku datang tengok aku.

Kira masa sakit tu memang aku nangis la, gtau sakit perut, kalau berry takpa, kira kita sakit perut sebab nak melabur. Malam tu dalam 4,5 kali juga la ulang toilet, sampaila habis juara lagu. Sakit…. Aku pernah alami cirit birit yang macam tu sebelum pregnant, tapi jarang sesangat la, ni baru pertama kali jadi sejak aku pregnant, mau semua tak risau, tiap kali aku bangun nak gi toilet ayah mesti kata, “jalan elok2 sikit kak” bilik air kan licin. Huhu. Terharu di situ, betapa carringnya mak ayah aku. Risau sebab aku ngah ngandung kan, dok ulang p toilet banyak kali.

Semua pakat dok buat kesimpulan aku makan apa sampai cirit teruk camtu, bila disenaraikan balik abang kata kes nasi goreng siam tu la, sebab yang lain semua orang makan sekali, nasi goreng siam tu ja aku makan sorang. Abang kata kes sambal belacan tu, huhu

Sebelum tidur sempat g abang ngusik aku, dia bisik kat telinga "esok kita pi makan nasi goreng siam lagi naihh" hukhukhuk, abang ni....saja....(^_^)


Angin sakit perut tu masih terasa sampai skang…huhu, doakan semua baik2 ja…

5 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. kesiannya. kena hati2 bab makan. risau pula baca. saya selalu sembelit. oii pedihnya, perit nak cangkung lama2. kadang tu sampai 1/2 jam dalam jamban. suami siap tgu depan jamban kot. risau isteri dia lama2 meneran. huwaa Y____Y

Syamimi Saad said...

asslmkm.. hati2 ye lepas ni kalau makan diluar.. takut jadi macam tu lagi..sian kat bby :)

QasehnyaRania said...

mungkin la sbb pdas kor. myb perut tak tahan. skrg mcm mna dh ok ke

Unknown said...

Zara bru pas mlalui bbrapa ari perut kembung.. seksa nya.. huhuhu.. bila dah kluar bru lega.. erghhh.. hoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™