12 January 2014

Terasa hati dengan kawan

Sebenarnya aku ada kecil hati dengan seseorang, entahlah, aku ni sensitif tapi aku maafkan orang yang buat salah kat aku asalkan orang tu mintak maaf, aku tak pandai nak bermasam muka, tambah2 kalau orang tu ada depan mata aku, tak tergamak rasanya.

Al kisahnya ada seorang kenalan di kampung aku, boleh dikira rapat sebab akad nikah kenduri kahwin dia suma aku pi. Siap aku abadikan dalam blog ni lagi..

Lama kami tak contact, suatu hari aku text dia, lebih kurang camni ayat aku “hai dok buat apa,sihat ka, muntah tak lagi” (kebetulan dia pun tengah pregnant macam aku). Dia tak balas, its ok, aku langsung tak fikir apa2, aku msj sekadar bertanya khabar.

Lebih kurang seminggu lepas tu aku dapat mesej, ingat dari siapa rupanya dari dia, tanpa bagi salam, tanpa mintak maaf terus tulis “sihat ja, muntah lagi”. Lebih kurang SEMINGGU tau mesej yang aku hantar dulu, aku macam biasa, masih boleh nak bergurau senda, aku pun balas mesej dia, “amboi jauhnya mesej nak sampai ****”  (kg dia).  Dia balas lebih kurang camni “kredit xda daaa,sori”. Tanpa rasa bersalah, aku memang sentap gila la, daa daa apa, agakla nak mesej, aku tua dari dia kot, serius rasa dia tak hormat sgt, kalau orang kedah kata ‘kurang ajaq’. 1st dia balas mesej aku tanpa mintak maaf, tanpa bagi salam, main terjah camtu ja, mesej yang untuk seminggu yang lalu, bila aku bergurau sikit, balas ayat buat aku sentap, macam orang tak ikhlas nak balas mesej.

Aku just reply, “hihihi”. Tak tau nak tulis apa, buntu, sentap suma ada, selama ni mesej ok ja, dia salu gak text aku, aku layan seadanya, kalau rasa tak nak balas mesej aku, tak payah la nak mesej kurang ajar camtu. Aku sikit pun tak paksa, aku just mesej sekadar tanya khabar kawan2, kalau alasan dia ngandung hormon tak stabil, aku pun ngandung juga, tapi silaturahim kena la jaga, jangan ikut emosi sangat. Selama ni dok ngadu kat aku muntah la apa la boleh ja mesej leklok. Hmm..

Lama juga kami tak contact, suatu malam, dia text aku, tanya aku buat apa, ikut hati macam tak nak reply, tapi bila fikir balik, sampai bila, aku pun reply, tgh tgk tv, dia tanya aku kat mana, aku gtau kat kg. mesej kami tamat camtu ja.

Masa tu bulan Dec 2013, 2013 berlalu, 2014 ni kami tak contact lagi, hati aku masih terasa, tapi kalau dia mesej dan mintak maaf aku ok ja, Cuma untuk aku mulakan dulu, agak sukar sebab aku takut hati aku akan terasa untuk kali kedua.

Pesanan untuk semua, hormatilah orang lebih tua dari kita, tak kiralah tua setahun ka dua tahun ka 10 tahun ka, walaupun rakan sebaya atau adik2, tetap perlu hormat.. cakap leklok. Apa salah kalu dia text aku camni;
“salam, sori sis, hari tu tak reply sebab xda kredit, **** sihat ja, cuma skang muntah lagi, sis sihat?”
Kan sedap aku nak baca daripada “sihat ja, muntah lagi” kredit xda daa, sori”


Mesti suma faham apa yang aku rasa kan. ;-(

3 comments:

Nurfaezah Abdullah said...

sabar je la kak :) kalo disimpan perasaan sentap tu lama2 takut jadi one kind of negative feeling. so maafkan je dia :)

QasehnyaRania said...

apa boleh buat kan. myb masa dia reply msg tu dia tgh x ok kot. anggap je la cmtu.

jgn dipikir sgt k. think positif tau :-)
jaga diri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™