Ahad hari tu lepas ja balik dari scan, kami tak balik terus
lagi, kami g Jitra beli barang, siap kena bayar kompaun gi kat Majlis Daerah
Kubang Pasu sebab tak pamerkan kupon parking. Then kami gi Alor Setar,
tujuannya sebab aku ngidam nak makan nasi goreng siam kat Ct Plaza. Aku
sorang ja makan, abang teman ja, aku siap ambik ayam lebih lagi, sedap sebab
dia goreng macam keropok twisties, hihi
Then balik rumah, akibat keletihan yang teramat, aku
terlelap, tak makan apa2 la sebab dah makan tengahari tu, tapi masa aku makan
tengahari tu, aku memang dah betul2 lapar, licin nasi tu aku makan, siap letak
sambal belacan extra, tu pun licin.
Then petang sikit aku ajak abang balik rumah hantar barang
kat mak, balik tu, aku makan kuih yang abang singgah beli, semua makan, dengan
air teh, abang tinggal aku kat rumah sebab abang nak g mancing, malam sikit mak
buat cucur udang, best sangat makan ramai2 dengan adik2.
Selesai suma, lepak2 tengok juara lagu, abang gtau nak datang
ambik aku malam sikit sebab dia balik mancing pun dah dekat maghrib, abang
mancing sungai area rumah kawan dia. Tengah layan tv tu aku sakit kat ulu hati,
aku baring ja, aku tak gtau sesapa pun, then perut start memulas. Aku terus gi
toilet.
Dalam toilet tu la, ya Allah, sakit sesangat, asa letih
macam nak tidur ja, memulas tapi tak berry pun, sakit yang teramat, dalam hati
aku doa suma okey, takut sesangat baby kecik jadi pa2 kan, dalam 2,3 kali
menderita baru la selamat melabur, memang cirit birit la, ayah aku ashik
panggil dari luar, yerla risau aku lama sangat dalam toilet, mana tahu jatuh ka apa ka kan, risau sungguh, sampai suruh mak
aku datang tengok aku.
Kira masa sakit tu memang aku nangis la, gtau sakit perut,
kalau berry takpa, kira kita sakit perut sebab nak melabur. Malam tu dalam 4,5
kali juga la ulang toilet, sampaila habis juara lagu. Sakit…. Aku pernah alami
cirit birit yang macam tu sebelum pregnant, tapi jarang sesangat la, ni baru
pertama kali jadi sejak aku pregnant, mau semua tak risau, tiap kali aku bangun
nak gi toilet ayah mesti kata, “jalan elok2 sikit kak” bilik air kan licin. Huhu.
Terharu di situ, betapa carringnya mak ayah aku. Risau sebab aku ngah ngandung
kan, dok ulang p toilet banyak kali.
Semua pakat dok buat kesimpulan aku makan apa sampai cirit teruk camtu, bila disenaraikan balik abang kata kes nasi goreng siam tu la, sebab yang lain semua orang makan sekali, nasi goreng siam tu ja aku makan sorang. Abang kata kes sambal belacan tu, huhu
Sebelum tidur sempat g abang ngusik aku, dia bisik kat telinga "esok kita pi makan nasi goreng siam lagi naihh" hukhukhuk, abang ni....saja....(^_^)
Angin sakit perut tu masih terasa sampai skang…huhu, doakan
semua baik2 ja…
5 comments:
Assalamualaikum awak. kesiannya. kena hati2 bab makan. risau pula baca. saya selalu sembelit. oii pedihnya, perit nak cangkung lama2. kadang tu sampai 1/2 jam dalam jamban. suami siap tgu depan jamban kot. risau isteri dia lama2 meneran. huwaa Y____Y
asslmkm.. hati2 ye lepas ni kalau makan diluar.. takut jadi macam tu lagi..sian kat bby :)
mungkin la sbb pdas kor. myb perut tak tahan. skrg mcm mna dh ok ke
Zara bru pas mlalui bbrapa ari perut kembung.. seksa nya.. huhuhu.. bila dah kluar bru lega.. erghhh.. hoho
Kesiannya sis.
Post a Comment