8 January 2014

17 minggu dah..;-)

Sehari sebelum exam ekonomi, kami ada perjumpaan dengan tutor, perjumpaan tersebut di adakan di library, macam biasa kami bertiga naik bas dari dpp MISC ke Colgis then berjalan menuju ke library, penat juga la seround,huhu.

Dalam 11.20am sampai library, orang dah ramai, tutor tengah adakan perbincangan dengan pelajar cina, kami tunggu jela..

Selesai semua, kami cadang nak g makan kat Yasmin, wahhhh, sedapnyaaaa…

Sebelum tu sempat lagi snap beberapa keping gambar sekitar library Sultanah Bahiyah Uum Sintok..

skang ni musim luruh, at-sin-tokyo, hihi
belakang tu ja Yasmin.
Nampak tak perut aku, ala, kecik ja kan, 17 minggu means almost 4 month already, nampak la nampak la, aku rasaperut aku dah besar dah tu, tapi sekali tengok dalam pic kecik ja kan, hihi, tak pa la, janji baby kecik dalam perut aku ni sihat walafiat, kekadang asa tau macam something dalam perut, bila terbayang dia tengah gerak2, aku tersenyum sorang2, haha.. terima kasih ya Allah..

Ni plak area bus stop kat COB (College Of Business) area ni klu musim salji lawa ni, hahahaha
Aku dan Diana, gambar dengan Kak Mas tak dak, huhu kakmas jadi tukang tangkap gambar, ni actualy gambar candid, cantik kan..;-)

4 comments:

Wana Owen said...

kita pun dh 17 minggu.perut pun tak nampak sangat lagi.=)

Nurfaezah Abdullah said...

goodluck for your next paper :)

QasehnyaRania said...

nampak. ciksu besarkan pitcher tu. comei je. jaga diri tau :-)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. syukur. jaga kesihatan baik2 ye. kita pun suka sangat dapat rasa baby bergerak2. time tidur pun dia aktif. rasa kena tendang2 je. hehe nak ajak berkawan la tu kot...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™