29 December 2014

Tragedi Disember Banjir di Kelantan

Sungguh menghayat hati. Mengenangkan mangsa3 banjir disana. Misi bantuan yg lambat tiba. Mangsa kelaparan, kesejukan dan ada yg hilang saudara. Ya Allah..

Kat group wechat group wasap ramai yg merintih, x dapat contact mak kat kg. Ada yg rumah sedang ditenggelami air dan akhirnya kami terputus hubungan. Menitis air mata.

Kak Farah Wahida. Seorg master Shaklee. Bertukus lumus mengumpul dana. Saat kerajaan belum kerahkan helikopter, dia tampil untuk menyewa yg swasta. Namun dia difitnah, katanya sengaja mengambil kesempatan. Niat murni beliau disalah ertikan.

Sekarang kerajaan telah kerahkan helikopter. Jadi misi utk heli dibatalkan. Dia fokus untuk bot2 dan bekalan makanan untuk mangsa. Bekalan di sekat. Menunggu plastik dan label dari parti yg gila kuasa. Memikirkan untung dunia. Inginkan sebuah nama. Nyawa rakyat dipandang hina. Bak kata pepatah sapi punya susu lembu yg dapat nama. Kak Farah menitiskan air mata. Begitu sekali politik negara. Menyekat bekalan makanan untuk lekatkan label mereka. Dengan tujuan mengaburi mata mangsa bahawa bantuan itu 'dari' mereka.

Untuk yg baca entry ni. Dan pernah baca di facebook Farah Wahida yg minta sumbangan dana di FAWA INTERPRISE. Beliau adalah seorg master Shaklee. Jangan terus percaya kata2 fitnah yg disebarkan.

Untung jadi Kak Farah. Setiap kejian yg beliau terima Allah gantikan dgn pahala..

*aku bukan downline dia hokey..



1 comment:

Unknown said...

bilamana kita berbuat satu kebaikan dan diuji saat sedang melaksanakannya bermakna di situ ada pandangan Allah, menguji sejauh mana keikhlasan kita sekaligus menjadi pengajaran pada org lain.

mungkin rintihannya dalam meneruskan usaha Allah lebih pandang berbanding bantuan yg sudah diusahakan itu.

semoga negara ini diselamatkan Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™