7 August 2014

Kaftans Moden Online


Sekarang ni tengah hangat dengan trend fesyen terkini iaitu kaftans. Tahu tak kaftans tu apa? Ingat tak dulu2 mak kita rajin pakai kat rumah, lebih kurang baju kelawar tu, ada corak2 tapi sekarang fesyen baju tersebut telah dikomersialkan jadi sesuatu yang sangat unit, baju yang dahulunya hanya dibuat pakai tido skang dah jadi trend. Boleh pakai untuk gi dinner, acara rasmi pejabat, nak pakai raya pun boleh. Macam2 design dan corak boleh kita tgk skang ni.

Kita sebagai rakyat Malaysia bertuah sangat sebab dapat hidup aman, kalau nak banding dengan qaza skang ni kan, masya-Allah, tak dapat bayang tau, sedih aku tgk. Kita ni bertuah, walau hidup berbilang kaum, tetap aman damai. Banyak kaum mesti banyak etnik kan, jadi secara tak langsung telah mewujudkan corak budaya yang cukup unik dalam kalangan kita. Setiap kaum mesti  ada bahasa ibunda yang tersendiri, gaya hidup yang berbeza, hari perayaan dengan sambutan yang tak sama, makanan yang berlainan dan pakaian tradisional tersendiri juga.  Namun kita suma dapat terima antara satu sama lain dengan seadanya.

Bila bercakap tentang pakaian tradisional antara yang paling popular ialah kaftans. Kaftans wanita pada asalnya xdalah popular. tpi skang ni dah jadi trend yang sangat popular dalam kalangan wanita di Malaysia. Memang cun la design2 dia, kalau tak caya tengok pic ni, macam aku kata kalau dulu orang pakai untuk aktiviti santai kat rumah, skang ni kaftans wanita dah jadi pakaian tradisional Melayu yang cukup eksklusif. 



Kaftans untuk wanita telah menerima sentuhan moden, nampak stylish, lebih sesuai dengan trend fesyen terkini. Malah kaftans ni turut tampil dengan pelbagai rekaan menawan, corak-corak menarik dan potongan yang menyerlahkan penampilan seseorang ketika memakainya.

Menggayakan kaftans adalah antara yang paling mudah sekali sebab korang tak perlu pening kepala untuk padankan Muslimah top korang dengan bottom, korang hanya perlu sarungkan kaftans itu sahaja. Seterusnya perlu menggayakannya bersama aksesori yang bersesuaian, tudung terkini atau shawl, clutch dan sepasang kasut tumit tinggi. Ini semua sudah cukup untuk membuatkan korang nampak anggun menawan!



Kalau ada yang mencari kaftans, dan nak tengok design yang lagi cun melecun apa kata dapatkan secara online di website ZALORA Malaysia. Mereka ada koleksi kaftan wanita yang cukup meluas dan terdiri daripada puluhan jenama terkenal dengan harga yang cukup murah dan berpatutan. Tak rugi pun tgk, kalau berkenan bleh terus order, harga memang berbaloi-baloi, sempat lagi nak melaram untuk raya haji akan datang. Jom beli kaftans online di ZALORA sekarang! 

2 comments:

Mardiah Diana said...

Assalamualaikum dan salam syawal ke-10 dik Nazirah..cantik jgk fesyen ni kn..

QasehnyaRania said...

mmg cun.
kan sesuai jugak ni urk raya haji..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™