19 August 2014

Ainul dah boleh balik. alhamdulillah..

Sabtu 7/6

Malam tu tak dak elektrik, masya-Allah, panas yang teramat, berkuap tak tau nak buat camna, aku dah asa tak sihat, asa sakit kat bahagian ari2 macam senggugut. Aku gtau abang, abang gtau mak, mak bakar tungku suruh aku tungku, asa kurang sikit, tapi tetap sakit, serius macam senggugut, nak gerak pun sakit. Siangnya pepagi lagi ayah dh gi umah tok bidan, risau kalau2 batu mereyan jatuh. Tok bidan ada kenduri, kul 10 camtu baru boleh datang.

Tok bidan datang tgk, urut bahagian ari2 tu, dia gtau batu mereyan dok elok ja, aku gtau aku lenguh paha, dia urut paha, sakit.. kat ari2 tu pun sakit, dia ashik tekan n cengkam, sakit gila, huhu. Last2 gi klinik, rupanya kencing kotor, hmm, patutlah.. doktor bagi antibiotik n ubat tahan sakit, kat klinik mak n adik zirah ikut sekali, bawa susu Ainul sama, niat lepas gi klinik terus gi tgk Ainul. Aku tau aku tak boleh tengok, aku tunggu dalam keta dengan adik, mak ngan abang akan naik bagi susu.

Seperti hari Jumaat tu, hari sabtu pun aku bawa juga baju salin Ainul, dengan harapan Ainul boleh balik. Keluar dari klinik aku terus makan ubat, alhamdulillah, lega. Otw ke hospital aku dapat panggilan dari hospital, nurse kol gtau Ainul boleh balik hari ni, ya Allah tuhan ja yang tau betapa gembiranya hati aku. Hepi sangat!! Alhamdulillah.


Sampai ja, abang ngan mak yg masuk, aku ngan adik zirah tunggu dalam kereta, bukan gi hantar susu dah, tapi gi nak bawa Ainul balik, resahnya aku dalam keta penuh penantian. Abang datang, mak tunggu kat depan, abang bawa keta g ikat depan nak ambik mak ngan Ainul. Sampai ja, Ainul tidur, aku ambil Ainul aku sayang dia. Macam tak caya Ainul ada depan mata aku sekarang. Ainul baik ja, tak nangis pun. Tidur ja dalam keta.


3 comments:

Farah Waheda Wahid said...

wah blog adik akak dah berwajah baru cantik... alhamdulillah dah ok ibu dan Ainul...moga2 terus dikurniakan kesihatan tubuh badan yer...

nurazrina said...

Hi nazirah. Sronok bace kisah dr awal pregnancy awk smpai da dpt baby chomel. Sy baru 19weeks. Doakan kami sihat2 ye. Jemput dtg blog sy.. Blh kenal2.. :-)

Unknown said...

Hi Nazirah...

batu mereyan tu ape ye...peranakan ke eh?

anyway, salam kenal ye ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™