11 August 2014

Ainul demam..

Isnin 2/6 sampai ja klinik tunjang aku bawa Ainul masuk, misi klinik suruh g ambik darah untuk cek kuning, aku bawa Ainul  ke bahagian ambil darah. Selesai ambil darah Ainul nyusu, tiap kali dia nyusu terasa bahagia sebagai seorang ibu, Ainul memang kuat nyusu. Blum pun Ainul puas nyusu, dia terpaksa di bawa untuk berjumpa doc. Oleh sebab jauh, mak aku yang bawa Ainul.

Lama aku tunggu, last2 aku tanya misi tu mana bilik doc, misi tu bawa aku, kebetulan juga mak aku sakit perut jadi aku yang masuk dengar apa doc gtau, ternyata puteriku demam, doc buat surat suruh segera bawa Ainul ke Hospital Sultanah Bahiyah. Kuning Ainul ok, just 7.5 ja.

Otw balik tu aku kol abang, abang suruh g dengan Izwan tak perlu tunggu abang, nanti abang balik abang akan terus ke hospital, kelam kabut aku balik, kemaskan baju Ainul dan baju aku, aku ambil Ainul untuk nyusu, Ainul taknak nyusu dah, kat klinik tu la kali terakhir aku susukan dia. Bila teringat asa sedih sangat. Kali ni mak mertua ngan adik ipar aku plak follow ke hospital.

Sampai Sultanah Bahiyah tu Izwan salah masuk jalan, Izwan parking dekat wad di raja bahagian belakang tu, agak jauh la, kerusi roda kat depan sana, Izwan nak gi cari parking lagi, kejar masa sebab doc gtau kena gi sebelum kul 2. Lambat sangat nak tunggu kerusi roda, aku decide untuk jalan juga, walaupun sakit aku gagah juga demi Ainul.

Sampai ja wad NICU, aku masuk daftarkan Ainul, isi borang, diorang ambil Ainul untuk cek berat, suhu badan. Dalam 5 minit cam tu abang masuk, abang dh sampai sama dengan kami, punya laju abang bawa keta dari penang, huhu.

Doc gtau Ainul kena ambil darah, lama aku tunggu, abang kuar sbb guard suruh abang kuar padahal, ramai ja husband n wife tunggu kat dalam tu, aku kol abang suruh masuk balik, abang masuk, aku lenguh gila duduk atas kerusi, yerla, masa tu baru 3 hari berpantang. Aku nampak troli Ainul, aku kenal baju kat bawah tu, rupanya misi tu salah letak baby, baby akak yang kat depan aku ni..haish..

Dalam wad tu bising sesangat, baby2 yang kuning yang kena tahan bawah lampu tu menangis tak berhenti, ya Allah, tak sanggup aku tengok, kesian sangat. Bagaimana nasib anak aku. Lamanya ambil darah.
Ainul ditolak masuk bilik untuk baby2 demam, aku nampak, aku bangun g kat misi tu, aku tanya, saya nak nyusu anak saya, aku masuk, aku pegang Ainul, tengok tangan dia kena cucuk, ya Allah anak aku, Ainul langsung tak nangis, aku nyusukan Ainul, banyak dia minum, lama sangat, abang gtau abang tunggu kat luar, sebab abang kurang sihat masa tu.

Aku susukan Ainul sampai Ainul lena, pandai Ainul nyusu, aku letakkan dia, seolah mengerti dia merengek, aku angkat dia balik, aku susukan dia, then dia bila dia tido aku letak balik, ya Allah, berat mata memandang berat lagi bahu memikul, sayunya hati aku Allah ja yang tahu, belum pun sempat aku manja2 dengan dia, aku dah terpaksa berpisah, sedih sangat! Tidur aku bertemankan air mata.


To be continue…

2 comments:

Faarihin said...

Hati seorang ibu manalah yang tak sedih bila melihat anak dia sakit. Mesti banyak penjagaankan bila anak sakit demam kuning. Semoga kuat menghadapai segala cabaran.

Sya Mimie said...

Allah..
Wlpn xrasai lg, rasa xsnggup je nk hdpi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™