6 August 2014

Cerita hari raya pertama 2014

Alhamdulillah syukur pada Allah, sebab raya tahun ni bertiga bersama suami  dan anak tercinta.

Malam raya tahun ni tak sama lagi seperti yang sebelumnya. Kalau dulu aku sibuk tolong MIL aku siapkan tirai , ketupat dan kemas rumah, tahun ni aku langsung tak tolong apa2, sibuk dengan si kecil aku. Malam raya Ainul Mardhiah bebai, merengek memanjang, ada saja tak kena, baju raya pun aku tak sempat nak iron. Aku nyusukan dia sampai terlelap, sedar2 dah 3 pagi, aku gagah juga bangun iron baju raya kami, sebab aku takut esoknya takkan sempat, satu2 aku iron, start dari baju melayu abang, sampailah baju kurung aku, tema tahun ni mroon.. alhamdulillah tercapai juga impian aku untuk pakai sedondon tahun ni, terima kasih abang sebab tunaikan impian bb untuk pakai sedondon tahun ni, kul 5 pagi juga baru selesai semuanya.

Esoknya awal pagi aku bangun mandi, sementara Ainul Mardhiah masih lena di buai mimpi. Aku kejutkan abang, dengan semangatnya kami kaco Ainul tidur, awal pagi, selalunya Ainul akan bangun untuk nyusu dan akan tidur balik sampai kul 10-11 selagi aku tak kejutkan dia untuk mandi. Tapi oleh sebab pagi raya kami nak dia bangun awal, awal pun dalam kul 10 juga baru aku mandikan dia. Mood memang tak baik sebab Ainul tak cukup tidur. Lepas ja aku siapkan dia dengan baju raya yang sangat comey tu, boleh plak dia tido, tido style tak bagi aku bangun, nampak ja nyenyak, aku gerak nak bangun dia pun jaga, aku make up pun curi2..
Tengokla muka tido ayam nyer, mata pun tak rapat, elok ja aku tangkap gambar ni, terus dia celik mata n nangis nak nyusu..haha
Dah aku ashik bangun ja, dia pun ashik jaga, jadi tidur tak puas. nak pi meraya punya pasal, aku angkut juga dia g meraya. Kami g meraya rumah kawan baik abang, Mat Set. Ainul masih tidur, dok lama juga, skali dia bangun ngamuk, nangis sungguh2, bagi susu pun taknak, last abang ajak balik. Kami balik gi rumah aku. Yang bestnya, naik ja keta bagi susu terus diam, dasyat, nyusu sampai rumah. Ainul Ainul..
So, raya pertama kami hanya di rumah abang, rumah aku dan rumah kawan baik abang.
Gambar kat rumah aku xda sebab Ainul ashik nyusu ja, buang habis baju2, mak su dia pun sama, aku balik tu pakai pampers ja kjap ja dia pakai baju kurung ngan tudung, huhu

Balik tu, terus masuk bilik nyusu dia, sedap2 aku landingkan diri, sedara abang plak datang. Aku capai ja mana patut. Lepas diorang balik baru la kami 3 beranak sempat tangkap gambar sekali.

Tudung ni la paling pantas dan senang pakai, aku sarung ja, haha...ini bukan tudung raya tau...
Raya tahun keempat bersama suami tercinta, dan raya pertama bertiga..alhamdulillah, sayang kamu berdua, cinta hatiku & permata hatiku.

7 comments:

Sya Mimie said...

Asslmkm nazirah.. Seronoknya dpt beraya dgn bby.. Sy beraya dgn bby yng masih dlm prut. Hehe
Selamat hari raya. :)

Mardiah Diana said...

Assalamualaikum dan salam syawal ke-10 dik Nazirah..comelnyer Ainul Mardhiah..semoga sentiasa berbahagia di samping keluarga tersayang..

Cik Mimie said...

Comeynye ainul..geram tgk die..hee..Selamat hari raya akak :)

nor_farihan said...

geramnya dengan ainul...kiut sangat...

QasehnyaRania said...

syiokknya..
sian ainul..:)
alhamdulillah.. raya haji ni la cik su melaram hahahaa. tak pon raya puasa tahun depan sedondon.. hikhik.
tak sabarnya nk bergambar bertiga pulak..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak.. ainul kuat menyusu tak? hehe samalah kita, excited pagi raya nak siapkan anak. bila pergi beraya rumah orang, dalam kereta kena kasi susu dulu kalau tak mengamuk. ahhahahaha comelnya gambar bertiga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™