7 May 2014

Kisah ikan LIKUH

Korang pernah dengar tak nama ikan yang diberi nama ikan LIKUH, dekat kampong aku, adik aku gila memancing ikan ni la, umpan dia guna tepung dengan daun mengkudu kalau tak salah aku, busuk gilaaa bau umpan dia, sebab kena bancuh n gaul sampai keras agak2 boleh lekat dekat mata kail... ni kisah adik lelaki aku yg no 4, Mad Amin a.k.a Kumin, hihi (aku sorang ja panggil dia kumin)

Sebenarnya dah lama dah dia dapat ikan ni, aku yang peram dalam draft tak publish2, malas nak karang entry sama, aku just upload gambar dan letak tajuk ja, ini hari tetiba rajin plak aku tak karang entry kan, aku kat leb skang ni, sementara nak tunggu kelas kul1230, aku datang awal sebab nak jumpa lec tesis aku, setengah jam jer pun nak jumpa, kat luar panas, nak g kelas jauh plak, so datang la lepak sini dulu, ada aircond, dan la berhenti penat jap.

Sambung balik cerita ikan, punya la lama adik aku ni memancing, ni la pertama kali dia dapat ikan likuh ni, dah 1st time, dapat besar plak tu, memang hepi gila dia hari tu, mancing tak jauh pun, dekat sungai  besar jalan masuk kampong aku ja, yer, ikan likuh ni ikan sungai tau, bukan ikan laut. Riuh rendah mak aku cerita masa dia balik tu, riuh yang dia dapat ikan besar, ikan yang menjadi idaman dia selama ni, haha
Tengok besar tak besar penuh talam...
Sedih plak dengar mak aku cerita, masa ni hujan renyai, adik aku p mancing sorang2 ja,  salu p reramai, kot hari tu rezeki dia kot, hujan2 pun dia gi juga, ikan ni dapat tahun lepas, masa dia tingkatan 3, nasib la Allah pelihara dia tak jadi pa2, aku dengar pun naik risau, yerla, dekat sungai kan, macam2 boleh jadi. Mak aku kata, camna la bangchik tarik naik ikan tu sorang2, dah la berat. Hukhuk. Adik2 aku spesis kurus dan sederhana tinggi.
Actualy skang ni pun depa suma tengah gila mancing ikan, saja aku upload entry ni, sebab ni kan pertama kali adik aku dapat ikan ni, hihi, selepas2 tu, adik aku yg no 3 pun dapat juga, 2 orang tu ja adik laki aku, dua2 suka mancing, agaknya ikut ayah aku kot sebab ayah aku pun kaki pancing juga, hihihi
Muka budak excited dapat ikan, haha

2 comments:

QasehnyaRania said...

adik no 4 pangil bangchik jga ye.sama adik ciksu no 4 panggil bangchik jga :)

mmg besar tu.tgk perut ikan tu pon tau ..
masak apa ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™