16 May 2014

Sesi membasuh baju baby

Semua ni aku dah basuh bulan lepas, maksudnya bulan 4 la kan, hihi. Bulan ni baru nak update entry, bukan apa, aku malas nak transfer gambar dari hp ke laptop, truk tak, kehkehkeh..

Okey, aku kan dok U, jadi tiap hujung minggu aku akan balik, kemas bilik la, beli barang la, check up la, ada ja la benda yang buatkan aku kena balik kampung, untung la ngaji dekat, ishh, dekat pun dekat 1 jam juga la.

Balik minggu tu aku basuh suma baju2 baby, masya-Allah, senyum sorang2 tau, haha. Comey sesangat!! Kecik2 ja baju dia.. aduhai, dah terbayang2 anak aku pakai nanti, comeynya!!!

Kami suami isteri decide tak nak beli banyak2 untuk new born, sebab nnt takut pakai kejap ja, rugi, so beli sikit jer, berdasarkan list yang aku dah buat.. itu pun bukan semua baju new born tau, ada aku ambik yang 3-6 bulan. nanti dah habis pantang kita cari lagi yer baju baby. Arung sekali baju raya, wahhh.. raya bertiga tahun ni. Dah gtau abang tahun ni nak pakai sedondon sebab nak tangkap gambar potret family, moga tercapai la anganku ini, amin…

Buat baby kecik, nanti dah besar, dah boleh membaca, dah pandai main internet, buka la baca tulisan bonda ni, mesti kamu tahu betapa excitednya bonda dan ayahanda menanti kehadiran kamu sayang…;-)

Baju-baju baby kecik...comel2 je kan..;-)

Selimut dan kain tuala baby

Romper baby yang aku beli online, kecik ja, nasib la aku ambik yang 3 bulan, kalu ambik yang new born tak tau la, lagi kecik pa..hihi


Sesi membasuh lampin hari lain pula, tapi aku tak tangkap gambar pun la, hihi, aku beli yang anakku, ada 12 helai semuanya... Rak baby tak beli lagi masa ni, jadi buat sementara waktu aku letak dalam rak baju aku dulu...


1 comment:

Budak Kampung said...

alahai..iman pula rasa xsabar nak lalui mcm akk.tapi iman lama lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™