9 March 2014

Cerita balik kampung lagi..;-)

Salam maaf sebab aku tak perasan entry ni kosong masa aku publish semalam, line teruk sangat, huhu, ini kisahnya...

Salam, balik kampung hari tu, bapak mertua ku datang ambik kat U, oleh sebab abang tak dak kat rumah maka aku gtau bapak mertua ku mintak hantar aku terus balik rumahku, hihi. Tapi sebelum balik tu, ajak bapak mertua ku singgah Jitra dulu, kononnya nak guna voucher buku la kat QS Jitra untuk beli alat tulis, sekali gi tanya, tak boleh lagi, haishh, nape tak boleh lagi?? Tak faham aku. Then takpala, kami gi jer Jitra Mall bayar bill telefon aku dan abang, RM3 rat ++ juga la, untuk 2 bulan k, bill berdua, ;-)

Ok, sampai ja rumah adik putih macam biasa buat malu2 kucing dia, walaupun dengan kakak sendiri, maklumlah, jarang balik, tapi dia ok jer, mahu juga kalau dukung, tak nangis macam dulu dah, ayah aku yang tengah bawak terektor kat belakang rumah, stop la kejap sebab nampak besan dia datang, sembang punya sembang bapak mertuaku mintak diri. Tapi sebelum tu abang kol tau, abang gtau abang sampai tengah laut dalam 12tghri gitu, kul 5.59pm baru abang kol aku, xpala, at least abang kol, dan itu la last aku dengar suara abang, sampai detik ini…huhu

Malam tu aku lepak kat rumah, main dengan adik putih aku sampai puas, best sangat, tengah malam ja teringat kat abang, tapi tak di layan sangat, sebab ralit ja main dengan adik putih n sembang2 dengan mak, kami tido reramai kat depan tv..

Esoknya, bangun pepagi, basuh baju, basuh pinggan, tolong mak masak, lepas Jumaat ayah dah nak hantar aku balik sana, kan Sabtu aku ada check up kat klinik desa sana, balik Jumaat tu kami siap2 la nak hantar aku, mak ngan adik putih ja follow, yang lain dok umah..
Sampai ja umah mertua aku, lepak2 jap, bancuh air dekat mak, sembang reramai, adik putih cam biasa la, aku bawa dia ke dapur, ikut ja ke mana aku melangkah, hihi, cam comel ja… dah tu  ayah pun mintak diri sebab ada keja, masa salam ngan mak ayah tu asa sebak camna ntah, sedih nak pisah, padahal rumah dekat ja, sob sob sob…

Malam tu aku layan cita TWILIGHT, sampai la ngantuk, dah terlelap pun kat kerusi tu, bangun gi toilet, masuk bilik, kemas2 tempat tido, then baring, zupppp, terus teringat abang, laju ja air mata mengalir, dalam dok ngantuk tu, serius teringat sangat, tak mampu nak control emosi, rindunya Allah ja yang tahu.. (T____T)


Aku hantar email kat abang, dalam linangan air mata, aku tidur pun bertemankan air mata. Hanya pada Allah aku mohon, moga aku kuat, doa agar Allah jagakan abang di lautan sana, moga abang balik ke pangkuan aku dengan selamat.

2 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. teruskan tabah hati ya. in shaa Allah, suami kamu sihat2 dan baik2 sahaja ~~~

QasehnyaRania said...

in shaa Allah
semuanya kuat utk anak kan.
berdoa je utk kesejahteraan bersama.jgn la nangis nangis k.. ;)

ciksu paham tapi zirah kna jaga diri n kesihatan dan bby juga. in shaa Allah smga dipermudahkan semuanya k..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™