sumber |
Ok, semua tahu aku skang adalah full time student, semester
6 yang sangat sibuk, dengan nak urus tempat praktikal, dengan thesisnya dan 4
paper yang masih berbaki…
Dulu masa awal2 pregnant, aku alami keletihan yang teramat,
masa tu hujung2 semester 5, tapi Allah Maha Kuasa, aku tak alami sebarang
alahan, melainkan klu aku makan ubat tambah darah, wajib muntah. Klu pepagi tu
aku ok ja, gi kelas tiap hari kul8, cuma aku alami letih dan sakit kepala
hampir setiap hari, sampaikan aku terfikir untuk extend ja sem6.
Memandangkan aku jangka pada bulan peperiksaan, macam sayang
ja nak extend, cuti sem sebelum masuk sem 6 aku dapat rasa aku makin sihat, tak
letih sangat, dah tak sakit kepala, jadi aku ambik keputusan untuk gagahi
habiskan semester 6 ni.
Aku dah kol pihak peperiksaan universiti waktu semester 5
lagi untuk tanyakan tentang kes aku, sebab aku due pada bulan periksa, apa yang
di fahamkan, pihak unit peperiksaan bagi aku cuti 2 minggu start dari tarikh
aku bersalin. In case dalam tempoh 2 minggu tu aku ada paper, maka aku boleh
pohon untuk ambik exam persendirian, tapi kalau masih ada paper after tempoh 2
minggu tu, aku kena datang juga U untuk duduki peperiksaan seperti biasa.
Draft pertama keluar minggu kedua hari tu..
2/6
14/6
15/6
16/6
Sangat pack sekali dan kebetulan kena tarikh due aku, aku
berserah ja, tak tau la kot lepas ni ada rombakan, bergantung kalau ada yang
hantar surat untuk pohon rombakan semula kepada unit peperiksaan memandangkan
jadual terlalu pack, 3 paper berturut turut
Last kelas nnt aku dalam minggu ke 38 tau, doakan segalanya
dipermudahkan, amin… kepada ibu2 yang ada pengalaman di luar sana boleh la
kongsi melahirkan baby pada minggu ke berapa, sebagai rujukan, *note, saya bagi
tarikh miss p yang betul tau..;-)
2 comments:
kita pun dah start nervous ni..huhuhu
in shaa Allah smga Allah membantu
Post a Comment