5 March 2014

Abang ke laut Mac 2014

Salam, alhamdulillah, syukur pada Allah, abang dah dapat panggilan ke laut, syukur sangat, Allah dah atur yg terbaik, time aku cuti sem hari tu abang ada ja kat kampung, skang aku dah kat U, abang pun dapat keja, memang salu camtu pun, dari hujung tahun membawa ke awal tahun abang akan jadi penganggur terhormat kat kampung, hihi.

Aku dapat berita ni semalam, masa aku otw balik dari hantar borang kat CUIC, abang gtau abang kena gi Khamis sebab hari Jumaat kena bertolak ke laut. Rabu malam abang akan naik bas. Tak pa la, aku gtau abang petang tu boleh datang kat bb jap. Tetiba semalam masa aku kol abang, abang gtau keja abang di awalkan hari Khamis, abang gi cari tiket semalam, kaunter dah tutup, so hari ni pepagi lagi abang dah ke station bas. Masa memula dengar abang kena gi pagi ni tu menitis juga la air mata, yerla, tak sempat nak jumpa abang, last jumpa masa abang datang hantar aku kat U, SABTU 1/3 hari tu. Sob sob sob.. kejap ja layan perasaan, abang pun gtau abang gi keja, nanti abang balik la.

6.30 pagi tadi aku kejut abang. Dalam kul 9 abang mesej aku, gtau abang dah dalam bas. Ayah hantar. Moga segalanya dipermudahkan, amin.

Abang gtau job kali ni mungkin dalam 2 minggu ja, tapi bergantung juga stage mana yang diorang dah sampai skang, abang agak jela 2 minggu.

Abang naik laut last Sep 2013 entry INI
Abang balik Okt 2013 entry INI


Ya Allah, aku mohon kau peliharalah suamiku walau di mana pun dia berada, permudahkanlah segala urusan dia, amin.

2 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. kuatkan semangat ye dear. semoga dipermudahkan urusan kerja suami kamu.. jaga diri baik2 ~~~

QasehnyaRania said...

aamiin.
in shaa Allah semoga dipermudahkan semuanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™