16 March 2014

27 minggu dan study

Gambar Pembesaran Rahim Ibu Hamil
sumber
Aku skang dah masuk 27 minggu, hanya tinggal 13 minggu lagi untuk sampai 40 minggu, entah lebih entah kurang dari jangkaan, hidup mati jodoh pertemuan semua di tangan Allah, dalam kes aku ni, semuanya hanyalah jangkaan semata mata..

Ok, semua tahu aku skang adalah full time student, semester 6 yang sangat sibuk, dengan nak urus tempat praktikal, dengan thesisnya dan 4 paper yang masih berbaki…

Dulu masa awal2 pregnant, aku alami keletihan yang teramat, masa tu hujung2 semester 5, tapi Allah Maha Kuasa, aku tak alami sebarang alahan, melainkan klu aku makan ubat tambah darah, wajib muntah. Klu pepagi tu aku ok ja, gi kelas tiap hari kul8, cuma aku alami letih dan sakit kepala hampir setiap hari, sampaikan aku terfikir untuk extend ja sem6.

Memandangkan aku jangka pada bulan peperiksaan, macam sayang ja nak extend, cuti sem sebelum masuk sem 6 aku dapat rasa aku makin sihat, tak letih sangat, dah tak sakit kepala, jadi aku ambik keputusan untuk gagahi habiskan semester 6 ni.

Aku dah kol pihak peperiksaan universiti waktu semester 5 lagi untuk tanyakan tentang kes aku, sebab aku due pada bulan periksa, apa yang di fahamkan, pihak unit peperiksaan bagi aku cuti 2 minggu start dari tarikh aku bersalin. In case dalam tempoh 2 minggu tu aku ada paper, maka aku boleh pohon untuk ambik exam persendirian, tapi kalau masih ada paper after tempoh 2 minggu tu, aku kena datang juga U untuk duduki peperiksaan seperti biasa.

Draft pertama keluar minggu kedua hari tu..
2/6
14/6
15/6
16/6

Sangat pack sekali dan kebetulan kena tarikh due aku, aku berserah ja, tak tau la kot lepas ni ada rombakan, bergantung kalau ada yang hantar surat untuk pohon rombakan semula kepada unit peperiksaan memandangkan jadual terlalu pack, 3 paper berturut turut


Last kelas nnt aku dalam minggu ke 38 tau, doakan segalanya dipermudahkan, amin… kepada ibu2 yang ada pengalaman di luar sana boleh la kongsi melahirkan baby pada minggu ke berapa, sebagai rujukan, *note, saya bagi tarikh miss p yang betul tau..;-)

2 comments:

Unknown said...

kita pun dah start nervous ni..huhuhu

QasehnyaRania said...

in shaa Allah smga Allah membantu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™