31 May 2013

Aku inginkan~

Aku inginkan

  1. seorang teman yang sudi mendengar segalanya yang aku bicarakan,
  2. seorang teman yang akan memberi pendapat bila aku menceritakan sesuatu,
  3. seorang teman yang mendengar dengan khusyuk luahan aku,
  4. seorang yang akan tergelak bila aku menceritakan sesuatu yang lawak,
  5. seorang teman yang tersenyum dan melihat aku bila aku sedang bercerita,
  6. seorang teman yang boleh bawa berbincang,
  7. seorang teman yang sudi menerima pendapatku..


Dan bukannya

  1. seorang teman yang buat hal sendiri saat aku berbicara,
  2. bukannya seorang teman yang hanya diam dan buat aku seperti bercakap seorang diri saat aku menceritakan sesuatu,
  3. bukannya seorang teman yang belum pun sempat aku meluahkan sesuatu dia seperti sibuk dengan kerjanya,
  4. bukannya seorang teman yang langsung tak memberi respon saat aku menceritakan sesuatu yang lucu,
  5. bukannya seorang teman yang bermuka masam seolah terpaksa mendengar aku bercerita,
  6. bukannya seorang teman yang hanya ingin aku mengikut segala kehendaknya,
  7. bukannya seorang teman di saat aku meluahkan pendapat dia berkata aku ingin mengatur hidupnya…
*tidak layakkah aku peroleh teman seperti yang aku inginkan...

sumber gambar


30 May 2013

Perihal lirik lagu...

Tadi g Arau dengan kakmas,aida n along, roomate aku. Kak mas nyanyi lagu ni..tiba2 tersentuh di hati aku, balik terus search kat google lirik dia...

Lirik Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan - Elly Mazlin

Tak sanggup berdepan
Tak ingin memandang
Tergambar kisah silam semalam
Terhiris perasaan
Ku pernah dibiarkan
Tiada khabar yang kau biarkan

Pinggan untuk perhiasan rupanya pecah di tepi
Tidak elok andai dibuat hidangan
Apa pula kata tetamu yang datang
Itulah umpama silam usah sengaja dibiarkan
Demi menutup kesalahan mu
Demi memohon kemaafaan ku

Tertutup sudah pintu hati ku
Tak usah engkau memujuk rayu
Biarpun terpisah nyawa dan badan
Sudah bersumpah tidak berdepan

Mendengar nama mu bagai memikul beban
Mendidihlah kemarahan yang terpendam
Itu belum lagi kita berdepan
Lebih elok jika dibiarkan
Kemarahan ku reda sendiri
Usah ditambah bara yang tersimpan

Walaupun berbagai rencana engkau lakukan
Sedikit pun tidak melembutkan hati
Malah mekin tebal kebencian ku
Serta marah ku tiada berkesudahan
Biarlah aku menanggung sendiri
Segala dosa kerana membenci mu


*benci sungguh dia kat ex dia kan.... keras sungguh hati dia bila dia dikecewakan...

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/09/lirik-usah-ditambah-bara-yang-tersimpan.html#ixzz2Un3BjyQ5

Dapat panggilan dari abang..;-)

Last dapat panggilan dari abang 24 May 2013, 01:07am, abang nak naik boat untuk bertolak ke tengah laut, tapi kali ni tak jauh sangat sebab dalam 530am abang dah sampai, 4 jam ja, salu berbelas jam dalam boat tu, patut la kali ni naik  krew boat ja, salu abang naik ala2 tongkang, aku nak sebut pun tak tau,hihi.

Semalam  29 May 2013, 9.44 pm, Rabu tengah layan fb, tengah naik mesej kat abang, tiba-tiba handphone maxis aku bunyi, naik no KL, terkejut ingatkan sapa, aku angkat n cakap “hello” slow ja, hihi. “hello” di sana bersuara, “hello” aku kembali bersuara, “bb buat pa?” hahaha..terus aku tersenyummm sampai ke telinga, sepanjang cakap tu senyummmm non stop…rindu kottt..  dekat seminggu juga la tak dengar suara, yaAllah sungguh aku rindu.. abang kol guna i-talk member dia, nak online line teruk sangat katanya..huhuhu

Hari ni 9 hari kami berjauhan...huhu..takpa aku kat U, tak la terasa sangat, harap sangat aku cuti sem nnt abang ada kat rumah...;-)

*semalam siap mimpi2 pasal abang, punya hepi abang kol..hihi

Kekasih gelapku~

Ku mencintai mu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintai mu, sedalam-dalam hati ku
Meskipun engkau hanya, kekasih gelap ku
;-), melodi dan lirik lagu ni sangat mendalam...

27 May 2013

"Segmen : Tambah Kenalan"

klik SINI untuk join..
Jejalan kat blog Cik Akak ternampaklah segmen ni, macam best ja, tergerak join, kat side bar pun ada juga org ajak join, insyaAllah klu berkesempatan, thanx ya pada sesapa yg sudi ajak..;-)
Jawab Soalan Ini
 Pernah tak shopping online? Kalau ya, selalu dekat mana?
  • Pernah, tapi tak salu, kekadang ja, banyak, kat Senang Hamil page, beli krim lumiglow, kat Galeri Ilmu, beli buku motivasi, Karya Seni, beli novel, macam2 g la..
 Berapa lama dah korang dalam dunia blog ni? Berapa dah follower korang?


 Describe dekat Ezzatie, cara pemakaian yang korang cakap 'simple' tapi still menarik.
  • Jeans, t-shirt, tudung.. ;-)
 Put down 3 favorite fruit juice yang korang suka.
  • Orange juice, apple juice, watermelon juice.. 
 Favorite TV show yang korang tak pernah miss.
  • skang kat u, kalau cuti sem tu o balik kg, program mentor...

Tag:
Mailey Jayley

Tamat:
6.45 petang 7 Jun 2013 

Doaku...

Ya Allah sekiranya suamiku ini pilihanmu di arash, berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya, sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di jannahMu, limpahkanlah aku dengan sifat tunduk atas segala perintahnya, sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia Mu Ya Allah, peliharalah kata-kataku dari menyakitinya... Amin...

kredit to: Dua kalimah




Cik P May 2013

18 April 2013 previous p.. SINI
27 May 2013 today...p..

Kitaran 39 hari... Lama juga la kan, kali ni sama ja mcm yang sebelum ni... Aku makan ubat awai, perasan tak tiap kali period, tak Isnin, Khamis.. Kelas Dasar Awam juga yg jadi pilihan, hmm, sabaq ja la, dugaan... huhu.. tadi aku p PKU ambik ubat, cek tekanan darah sama, tgk2 tekanan darah aku rendah, 49.. nak explain pun tak tau apa yg 49 tu, huhu, aku ingat lagi masa kat poli dulu tahun 2009 aku pernah cek juga, masa event kelas aku "Larian untukmu Gaza" time tu aku cek pun tekanan darah rendah juga, aku ingat normal sebab kami bertukus lumus pasal event mungkin aku tak cukup tdo, huhu. Kali ni tak tau, nak kena search penyebab tekanan darah rendah n apa makanan yang sesuai, risiko, takutt, huhu...
Ok la aku nak rest, alhamdulillah P kali ni tak seserius yg sebelum2 ni, ubat PKU pun aku tak makan lagi, memulas n tahan sakit, dia tulis bila perlu, aku rasa ok ja ni, kita tak perlu lagi la kan, hihihi...

psssss... Tengok kad senduri kat SINI...
Tengah chatting dengan Puan Azza skang, nampak gaya macam dah ehem3,,, tapi tak sure lagi, sama2 kita doa yer...... amin......... Tahniah buat Ein and Azza ( aku panggil Wani ) hihi...

* PKU= Pusat Kesihatan Universiti...

26 May 2013

My First Giveaway

klik SINI untuk join...

TAMAT:
01 JUN 2013

TAG:
siti fatima Arifin
Trish Natasha

JOM PAKAT2 JOIN..;-)

ta~ta~ta..

Nuraisyah Solehah a.k.a adik putih...;-)

Hari ini usia adik dah 10 bulan 9 hari...

Gambar kat bawah ni di ambil 24 May, adik 10 bulan 1 minggu...

Dah ada 2 batang gigi bawah dan nampak dah 2 batang gigi atas..

Dah boleh sebut ta~ ta~ ta~ comey!!! bising, hihi

Dah pandai babai orang..

Dah pandai gelak kuat, macam kakak dia...nggee~


Balik kampung, 23 May, Khamis.. Jumaat balik umah, tido lepak dengan adik, Sabtu petang balik umah abang, Ahad pagi balik umah aku, main dengan adik, petang tu balik U... Boleh ulang alik sebab umah dekat, untunggggg, hihihi... Ya Allah, moga adik membesar dengan sihat dan jadi anak yg solehah, amin..

Ya Allah kurniakan aku seorang anak agar boleh jadi peneman aku dikala abang bertugas, tempat aku melimpahkan kasih sayang, pengubat rinduku untuk abang, 
~PaDi JuNiOr~

Abang naik laut...

Bila abang balik masa g laut 2 April hari tu?? entry --->> INI

Abang g 20 hari, dalam 22 April tu la abang settle kja, 23 April abang bertolak naik bas balik, 24 April, abang sampai rumah..;-)
Isnin 20 May abang gtau abang kena naik laut...aku kt U masa tu..nasib la abang gtau.. (( aku balik dah kg hari Khamis Jumaat Sabtu sebelum tu)) Malam tu juga aku deal keta, nak balik jumpa abang hari Selasa tu.. Esoknya Selasa, aku g kelas ganti BI, dalam 1230 abang mesej gtau tak jadi nak g keja, sebab tak sempat nak g kursus apa tah... aku gtau nak balik juga sebab dah sewa keta, abang kata ok.. ;-)

Balik kelas tu aku jadi berat hati nak balik, fikir yg abang tak jadi nak g laut, nanti hari Khamis aku nak balik lagi, hampir2 aku batalkan hasrat nak balik,tapi entah nape aku asa nak balik juga, aku pun ajak ex roomate aku teman aku balik..

Sampai ja umah, abang tak dak, mak gtau jadi plak dah p... ;-( sedih sangat dengar, kol abang, abang gtau dia otw g beli tiket bas, aku lepak kat umah, balik pun dah lambat, abang kol aku suruh g ambik dia kat bengkel sebab dia g tinggal keta, dalam kampung ja, aku pun g la ambik naik moto, sempat la berkepit naik moto dengan abang ronda kampung, ngee~

otw balik;

aku: "abang nak peluk boleh?"
abang; "haisshh"
aku: "lama tak peluk abang camni' (naik moto, sebab salu keluar naik keta) sambil peluk abang..ngee~
abang: ;-)

Terima kasih yaAllah sebab gerakkan hati aku untuk balik kg, kalau tak mesti aku tak berkesempatan untuk jumpa abang...huhu

Abang bertolak 22 May, Rabu pagi..
Khamis, 23 May abang gerak g Kelantan untuk kursus, malam tu abang terus naik laut, huhuhu...
Atas ni mesej abang kat fb, kiranya abang bertolak malam tu g laut, pagi Jumaat tu baru sampai... Abang mesej aku ni malam... Now kami dah jadi Chipsmore, abang online aku tak online aku online abang tak online, huhu.. Petang tadi Alhamdulillah kami sama2 online..;-)

10 Blogger Comel di Malaysia

10 BLOGGER COMEL DI MALAYSIA by CIK LYEEN CUPCAKES
10 blogger yang anda rasa paling comel. 
2 orang blogger yg di Tag :
kak ina 
kak usu

Tunggu sehingga 10 Jun 2013 untuk keputusan rasmi.

Apa hadiah yang ditawarkan?
10 helai Shawl Buih-Buih Cinta bernilai RM 40.
Dua Helai Tudung Bawal Tribal bernilai RM 20.
Sehelai Tudung Bawal Roses bernilai RM 40.

Menjadikan jumlah keseluruhan hadiah untuk segmen ini adalah RM 480.00.

Apa yang di cari?
10 peserta bertuah,
Dua orang top referral.
Seorang peserta dengan entry terbaik.

24 May 2013

Cara nak masak rumpai laut..(jenuh google)

Bagaimana cara guna rumpai laut ni?
Aku ada beli rumpai laut kat kak ina, tapi tak tau plak nak masak camna, lagi pandai aku tak cari plak dlm blog kak ina kot2 la ada kan, hihi, aku just google ja, huhu, jumpa la ini, tapi aku just copy bahagian aku nak tau ja, untuk maklumat lanjut boleh rujuk "sumber" kat bawah tu yer...

1.      Kaedah pertama rumpai laut dimasak

Cuci beberapa kali.
Rendam semalaman (lbh kurang 5-12jam).
Kemudian cuci lg beberapa kali.
rebus dgn air biasa. nisbah utk 100gram = 2-2.5 liter air.
Masak dgn api perlahan dan kacau sehingga rumpai laut hancur.lbh kurang 20-40minit.
Biarkan kolagen sejuk dan simpan dlm peti ais.

2.     Cara guna

Masuk 2-3 sudu ke dalam apa2 minuman. Contohnya air sunquick, ribena, ABC, cendol, laici kang, bandung, dll. Amalkan 3 kali sehari shj. Jangan ambil minuman berkafein dan berkarbonat. Jangan ambil secara berlebihan,boleh sakit kepala dan sakit perut.
Gunakan 1-2 sudu utk sapu dimuka sebagai masker. biarkan sehingga kering (lbh kurang 20minit) dan cuci. Amalkan 3 kali sehari.

Berapa byk rumpai laut sekali masak?

Terpulang pada penguna. Disini saya bagi sedikit cadangan,
utk 50 gram rumpai laut + 1 liter air menghasilkan kolagen yg boleh digunakan selama 1-2minggu
utk 100 gram rumpai laut + 2 liter air menghasilkan kolagen yg boleh digunakan selama 2-4minggu.

19 May 2013

"Third Giveaway by Alyaa Najlaa"

klik SINI untuk join...
TQ Izzati tag akak..
Dah follow n like semua sponsor...

mangsa tag:
cik akak & anis


Due Date : 16.4.2013------20/5/2013

JOM PAKAT2 JOIN...ESOK LAST...

Blogger Pilihan Saya By ALS

klik SINI untuk join.
 Blogger Pilihan Saya:

Kak Ina --> IntaNBerlian
Kak Nur --> 'Mawar Nafastari'

Done ikut semua syarat...

18 May 2013 - 23 May 2013
JOM PAKAT2 JOIN...

18 May 2013

WAYANG, CITA IRON MAN BEST LAAA.... ♥


Tak nak cerita lagi bab Pulau Lagenda, nanta la bila dah ada mood aku cita k, hihi, entry kali ni nak cerita pasal tengok wayang dengan abang cita IRON MAN 3.. Baca post kat blog APIT hari tu dalam entry ini...

Sapa Kata Iron Man 3 Tak Best??

aku tertarik dengan entry apit, asa macam best ja cita tu, balik hari Isnin 29 April 2013 ajak abang g tengok wayang, abang mahu..yey!! 

Best la cita tu sapa kata tak best, cita omputih tak macam cita Melayu, cup, cup, bukan nak kata kat bangsa sendiri k, tapi hakikatnya cerita Melayu jarang buat aku teuja bila tengok, sesetengah ja, contoh macam Merong Mahawangsa, cita camtu baru best nak tengok, berkualiti.. Yang lain tu asa macam tgk kat tv jer la time raya, tak pun beli dvd, tak berbaloi nak tgk wayang… Iron Man? Yes, sangat berbaloi...aksi dan lawak.. handsomenya Tony!! hahaha

Abang ambik aku dalam 5pm lebih camtu, sampai Jitra pi beli tiket wayang, then p bli barang, solat maghrib kat surau area Jitra tu, g makan makanan kegemaran aku, koteow kungfu…sedapppp, abang makan nasi ayam..
Tiket wayang kami....
Koteow kungfu kegemaranku...
Settle suma kami bertolak la ke Aneka,Jitra, lewat juga start, 940pm, beli tiket time tu, takda pilihan sebab waktu sebelum tu pukul 720pm, time maghrib, tak sedap plak nak tengok wayang time maghrib kan.. habis dalam kul 12 juga la…perghh, tapi aku hepi sebab dapat tengk wayang dengan abang…

Next movie…??
Hihihi......
23 Mei 2013, Khamis, Kedah masa kerajaan lama, wayang pada Khamis malam Jumaat TUTUP, 
kerajaan baru ni aku tak tau la... huhu

13 May 2013

"Simple GiveAway Bintang Mencari Cinta By Cik Akak"

klik SINI untuk join..;-)
Tunggu punya tunggu semalam, hari ni baru muncul GA ni, hihi.. malam baru boleh online, pagi sampai petang kan kelas...

Dah buat semua syarat, tapi terkedu bila cik akak tulis ni,

"Pemenang yang paling kreatif dengan ayat-ayat cintanya..."

hihihihi, ayat cinta camna la nak karang yer..hihi
(SEJAM BERLALU)
DONE.... hope cik akak suka..;-)

Segmen berlangsung selama seminggu

Dari 13 Mei 2013 hingga 17 Mei 2013

Tamat jam 8.00 malam

tag:
dia & dia

Jom pakat2 join...;-)

Shaqzspixca First GiveAway (GA) untuk 10 Pemenang Bertuah!

klik SINI untuk join..;-)


Hadiah yg sangat menarik..;-) sebab tu buat aku tertarik, tapi entah sempat ke tak sebab GA ni akan tamat bila dah cukup 30 orang peserta.. dan 10 pemenang akan dipilih, sapa nak join boleh klik SINI, okey...

Jom pakat2 join..;-)

Kenangan PRU pertama kami..;-)

Pilihan raya pertama,umur dah 24 tahun, yerla kan pilihan raya sebelum ni aku baru 19 tahun, 2008. Masa tu aku kat poli, seriously tak rasa apa2 pun, dan aku sikit pun tak ambik port pasal politik ni, malas.. haha, tapi tahun ni, masya-Allah, meriah sungguh, baru aku rasa gelombang pilihan raya,  seronok rupanya, macam2 perkara akan jadi isu berbangkit.. hokey, dan aku, tetap tak ambak port… hihi

Ok, sebenarnya, ini juga adalah pilihan raya pertama abang, kebetulan abang ada kat kampung, PRU yg lepas abang keja kat Pd kalau tak salah, memang excited la nak g mengundi, haha. Abang g sorang, pagi tu aku jadi tak dak mood nak g, kalau tak abang nak hantar aku dulu, sebab tempat mengundi kami tak sama, tapi entah, mungkin aku sorang2 kot, sedey, Nashrah (adik kembar tahun) tak boleh p, sebab dia kat Terengganu, ada exam, kalau tak tempat mengundi kami sama la, mak ayah aku kat tempat lain, huhu.

Abang dah g, aku termenung sorang2, last2 aku kol ZUNI, tanya dia p dak g? Dia kata tak p lagi, kami pun deal la nak p sekali walaupun tempat yg berbeza, tapi dekat2 ja... Dia mai ambik aku, aku kat umah abang time tu...
Bergambar dulu sebelum g...hihi, dalam rumah...
1st p kat tempat aku dulu, kat sekolah cina, lengang sangat, yer la p pun dah tengahari, waktu zohor dalam 1.30pm gtu, haha, suka hati ja kan.. tercengang n malu juga la aku, dengan 1st time aku pakai baju muslimah tu (jujur) memang sedikit kekok, ngee~ takpa bak kata kawan aku kita nak berubah tak perlu nak bercerita kat orang... ok, p daftar, bagi IC, then depa bagi la no bilik, aku kena bilik no tiga atau laluan 3, ni haaa

Bilik mengundi no 3
Aku pun masuk lah ikut laluan yang lurus, cewwah... 1st time kan...... terkejut aku ada dua kertas nak kena pangkah, selama ni aku ingatkan 1 ja, haha, lawak kan.. aku pun tanpa tunggu lama terus pangkah mana yang patut, settle. jap ja pun, dah memang tak dak orang time aku p, pic? tak dak sebab aku malu.. haha, lagi pun aku tak pernah g sekolah tu, itu la pertama kali aku jejak kaki...

Ok, pas settle bab aku, kami g sekolah lama aku plak, sekolah rendah untuk Zuni plak jalankan tanggungjawab dia, sambil tunggu tu, usha2 la, kelas aku masa darjah 4 dulu, koridor aku kena jalan itik sbb tak smpat jawab congak matematik, tapi aku kena dlm 1-2 kali ja tau, haha, nak gtau aku terer congak la ni, uweekkss.. tangkap gambar kat bangunan aku darjah 5.. nak tempek sekeping, Zuni cakap aku dah macam cikgu sekolah tangkap gambar kat situ, amin..... kembang semangkuk aku di buatnya, haha

Sekolah Kebangsaan Seri Muda, nostalgia 1996-2001
Time aku balik tu abang dah balik, abang nak mandi, sempat g aku gtau jap g nak tangkap gambar 2 org tau, bukan senang nak ada gambar tarikh special camni, 5/5/2013 PRU 13, bila lagi kan, sementara tunggu abang mandi sempat g aku ambik ini! kenangan kottt ingat senang2 kan nak p calit dakwat kat tangan, 5/5 ja tau, haha
cumel tak cumel tak, hihi, ciputtt ja dia calit kat aku...
Then, jeng3, abang dah sudah solat, pakai baju, bergaya la atas kerusi, piuweeettt...hihi
Kasi besar sikit dia punya gambar, hikhik
Ini lah kenangan PRU kami berdua.... 5/5/2013... 

12 May 2013

DOODLE KEDUA DARI SEGMEN APIT... la~la~la~

Sebelum 2 entry yang di janjikan, aku nak gtau la aku dapat doodle dari apit, lama dah…. Aku jer yang tak sempat nak update, sibuk la katakan, now baru nak update, kalau nasi tu org cakap dah lama basi, whatever la, nak update juga, nak gtau aku dpat doodle ni comey sangat, macam doodle yg hari tu tu..hihi.. dannnnnnnnn aku nak jadikan ia sebagai watermark aku yg baru…. Yeyyy!!! klik SINI untuk tgk segmen tu..

Ni haa doodle tersebut…


Sekali lagi tq u so much apit, buat lagi segmen camni, confirm join!! hihi

11 May 2013

kembali...~


Lama sangat aku tak update apa2 dalam blog ni, sejak peristiwa 27 April hari tu… pasti org yang baca entry aku tertanya-tanya apa yang terjadi sebenarnya, cukuplah ku jelaskan dengan lagu ini, salah satu lagu kegemaranku… dan aku tak nak ingat atau ungkit lagi perkara tersebut, tutup buku, titik..

Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar

Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat

Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

sumber
Next entry,
Kenangan pilihan raya pertamaku
Kami d Pulau Lagenda

InsyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™