3 Ogos 2013 previous p.... SINI
7 Sep 2013..... pagi
Kitaran 35 hari...
Ok kalau dalam entry AKU DAH MASUK U aku ada gtau yang aku kurang sihat kan, ni la sebab dia, tapi alhamdulillah, aku bersyukur sangat, sebab 'p' kali ni aku dapat menjalani kehidupan sebagai seorang manusia normal. Sesapa yg pernah baca pengalaman aku sebelum2 ni di Cik P May 2013,
7 Sep 2013..... pagi
Kitaran 35 hari...
Ok kalau dalam entry AKU DAH MASUK U aku ada gtau yang aku kurang sihat kan, ni la sebab dia, tapi alhamdulillah, aku bersyukur sangat, sebab 'p' kali ni aku dapat menjalani kehidupan sebagai seorang manusia normal. Sesapa yg pernah baca pengalaman aku sebelum2 ni di Cik P May 2013,
Pastinya akan tahu betapa
terseksanya aku setiap bulan, ;-(
Mesti ramai nak tahu kenapa kali ni
berbeza, dalam seminggu sebelum 'p', aku ajak abang ke klinik tempat aku selalu
ambik ubat senggugut tu, sebab dah banyak bulan pil panadol tak memberi kesan
langsung pada sakit aku, walaupun aku telan sampai 4-6 biji 1 hari. Ubat kat
klinik tu aku ambik dari aku sekolah menengah lagi, ubat tu aku makan 1 biji
selepas makan makan then tdo dalam 1 jam, alhamdulillah akan ok. Dan kebetulan
juga 4 hari sebelum aku ‘datang’ aku ada mengurut kat bidan kampung, sedap
sangat dia mengurut, nanti aku cerita pengalaman mengurut aku. Aku tak pasti
aku ok ni sebab aku mengurut atau sebab pil senggugut tu atau keduanya, semua
dari Allah, Dia juga yang menyembuhkan segala penyakit, kita manusia hanya
mampu berikhtiar.
Kali ni aku dapat bangun, dapat
angkut barang masuk dalam kereta, walaupun masih terasa sakit, mungkin sebab aku
tak cukup tidur selepas makan ubat. Abang kejut aku, takut terlambat untuk
daftar. 1st day aku mampu daftar U, mampu angkut barang dari kereta,
mampu angkut barang dari stor, aku syukur sesangat, cumanya malam tu aku
bertungku guna bantal panas sebab terasa sakit, tapi tak teruk, mungkin sakit
sebab aku angkat benda berat siangnya.
Kalau orang kata senggugut menyebabkan aku lambat nak 'lekat', aku berikhtiar untuk menyembuhkan penyakit ini terlebih dahulu, dan selanjutnya aku berserah kepada Yang Lebih Menyetahui... Kerana dia lebih tahu apa yang terbaik untuk aku dan abang.
4 comments:
smoga sihat selalu k..
Saya kena teruk kelmarin. Huhu.
take care dear...memang susah kalau senggugut kan, rasa sakitnya tak best...tapi alhamdulillah setakat ni akak tak pernah mengalami senggugut yang luar biasa dan jarang kena senggugut...
syukur fae jarang kena senggugut kalo datang P
Post a Comment