Anak ibu.. Setiap bulan ibu menantikan kehadiran kamu dalam rahim ibu, namun setiap bulan juga penantian itu berakhir, ibu redha, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kamu ibu dan ayah. Ibu masih belajar, ayah pula sering jauh mencari rezeki, mungkin sebab itu Allah belum benarkan kamu lahir ke dunia ini lagi, itu yang ibu fikirkan. Kerana Allah ingin ibu mendidik kamu sendiri, Allah inginkan ayah melihat kamu membesar, Allah inginkan ayah dan ibu sentiasa di sisi kamu, ibu redha dengan segala ketentuan Allah, kerana ibu yakin akan segala hikmah disebalik apa yang Dia rencanakan untuk ibu dan ayah.
Anak ibu.. Ramai yang sering bertanyakan kehadiran kamu, sambil
tersenyum ibu berkata; belum ada rezeki. Itulah ayat rasmi dari mulut ibu
setiap kali orang bertanyakan tentang kehadiran kamu. Ibu bersyukur, ayah kamu
tak pernah berungut atau menyalahkan ibu, dia juga seperti ibu, redha dengan
segala ketentuan, atuk dan nenek kamu juga begitu, kamu sangat bertuah kerana bakal
memiliki 2 orang atuk dan 2 orang nenek yang akan menyayangi kamu kelak.
Anak ibu.. moga rahim ibu tiada masalah untuk kamu membesar
di dalamnya. Ibu dah tak minum air
bergas, kerana ibu takut kamu ada di dalam rahim ibu tanpa ibu sedar dan kamu akan kesakitan.
Ibu inginkan anak ibu sihat. Walaupun ibu masih belajar, harapan itu sentiasa
ada di hati ibu. Ibu sentiasa menantikan kehadiran kamu, dan sentiasa redha
dengan ketentuan Dia. Ibu yakin Allah sudah mengaturkan yang terbaik buat ibu
dan ayah. Ibu akan terus bersabar menantikan kehadiran kamu, moga kehadiran
kamu suatu hari nanti bakal memberikan nur kepada keluarga kita; kamu ibu dan ayah..;-)
Saat ayah dan ibu selesai diijabkabulkan.. usia perkahwinan sekarang 1 tahun 8 bulan.. |
5 comments:
dah mried rupanya dia.. :)
InsyaAllah, Allah akan beri juga permata hati yang diharapkan 1 hri nti..sabar ya.. :)
@Mimie Najib
INSYAALLAH, AMIN... ;-)
nt adalah tue kak . . byk kn berdoa ek kak :)
@mailey jayley
Yer Mai..;-)
Tak lama lagi akan keluarlah seorang anak yang soleh or solehah dari rahim ibu :-)
take care nazirah
Post a Comment