27 May 2015

MKR Family Day Lumut part 2

23 MEI 2015 SABTU..

Lebih kurang pukul 10-11 malam tu kami sampai LUMUT. Kami cari hotel terdekat jer, sebab dah malam. Dapat la hotel MORNINGTON. Pelik sikit nama dia kan, tak kisah la, aku gitau abang, harap2 hotel ni ada tingkap la, takdak macam duduk dalam KOTAK GURUIS ( kotak mancis ). Bukan apa dulu masa aku ikut abang kerja di lumut kami besa sewa hotel xdak tingkap, abang gi kerja kul 8-5, balik jap tengahri, memang rasa duduk dalam kotak guruis, huhu.

Abang gi check, aku tunggu dalam kereta ja, anak dara aku tak tidur lagi, cayalah!! Abang datang, then gtau abang dah register, abang ambik bilik bawah, aku tengok ada tingkap, ada harapan nak dapat bilik ada tingkap, hihi.

Bilik 110, bila masuk ja, wahh, terkejut! Sebab apa tau, sebab cantik!! Kemas, selesa! Dan besar! Besar berbanding bilik yang macam kotak tu. Tv besar. Bukan aku ni jakun atau apa, sebab aku pernah duduk banyak hotel, kira hotel ni berbaloi la. hihi. WIFI LAJUUUUUU...

 
Tengok Ainul, sampai ja aku terus lap badan dia salin dia pakai baju tidur, sengaja aku tak butangkan penuh, kemas2 barang, dia pun tolong kemas juga. Tengok la TV besar dabak tu, yang penting CLEAR, ada ja hotel aku duduk line macam haper! ada renit2 lagi, siaran susah dapat, INI SIAP ADA ASTRO TAU.

 
Ini ruangan PETI BESI, kelas kaw siap ada peti besi, haha. Bawah tu pulak peti ais mini, ok la boleh juga sejuk2 tekak. Simpan apa patut. Nampak tak ruang pemanas air dia, kalau hotel2 yang aku duduk sebelum ni, even hotel 4 bintang pun, tak sedia cam ni tau, sedia penanas air yang plastik biasa tu ja. Kemas ja dia letak sini, susun cawan2, nescafe, sudu, aku SUKA!!

Ni pula bilik air dia, sekali lagi aku terkejut hahaha, bukan apa, nampak bilik macam kecik kan, bajet bilik air dia biasa2 jerla, tengok2 pergh, besar, selesa sgt! Teringat hotel kat Melaka, alahai, ciput jerr bilik air dia, sama juga kat Pangkor, hmm. 1st time juga aku masuk hotel yg sediakan ubat dan berus gigi, haha. Jujur cakap hotel2 sebelum ni, just sedia shower cap, shampoo n sabun ja.


Nah setempek gambar anak dara aku mandi, seksi!! Sempat lagi bonda dia kejar2 p ambik kamera semata-mata nak tangkap gambar anak dara ni.

Psss, apa aku cerita ni just nak gitau, hotel bajet mampu sedia kelengkapan camni, kira ok sesangat la, nama pun bajet. Kalau nak MEWAH lagi jom kita p menginap kat hotel 5 bintang, hihi

1 malam RM131+RM50 (akan dipulangkan masa check out) kami pi ni Sabtu Ahad tau, hujung minggu, rate cuti, aku tak pasti kalau hari biasa berapa.

Family day esoknya, sambung next entry..;-)

4 comments:

bb_nona said...

wahhhh, bestnyewww, hehhee

adianiez AIDA said...

ha ha ha... anak dara tu mesti konpius, nape la ibu aku ni lari amik kamera :)

QasehnyaRania said...

best kan nak yg selesa je nak nak utk anak.anaak x selesa kita pon x syiokk kan.

lama x sebut kotak guruih.hihihi
sbb dh lama x guna

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™